David Luiz Tidak Terkejut Lihat Kebangkitan Manchester United Selepas Kedatangan Solskjaer

Luiz

Pertahanan Chelsea, David Luiz memberitahu bahawa dirinya tidak terkejut melihat peningkatan prestasi Manchester United selepas kelab itu diambil alih oleh pengurus sementara, Ole Gunnar Solskjaer.

Bagi Luiz, beliau mengakui sebelum kehadiran Solskjaer lagi, United sudah dikenali umum sebagai pasukan terkuat di EPL dengan dibarisi oleh ramai pemain bertaraf bintang.

20th October 2018, Stamford Bridge, London, England; EPL Premier League football, Chelsea versus Manchester United; David Luiz of Chelsea looks dejected after Anthony Martial of Manchester United scores making it 1-2 (Photo by Shaun Brooks/Action Plus via Getty Images)

Bagaimanapun, Manchester United bermula hambar musim ini selepas mengharungi prestasi buruk pada separuh pertama musim dibawah kendalian Jose Mourinho dan akhirnya pengurus dari Portugal itu telah dipecat dan digantikan dengan Solskjaer.

Solskjaer berjaya membawa United merampas kedudukan tangga keempat Liga Perdana Inggeris daripada Chelsea. United sudah menenangi 10 daripada 11 perlawanan sejak Solskjaer menjadi pengurus di Old Trafford.

Tidak terkejut

Chelsea bakal berdepan Manchester United dalam aksi Piala FA, awal pagi Selasa ini. Luiz berkesempatan memberi padangan mengenai prestasi United pada ketika ini.

“Sebelum ini, mereka[Manchester United] adalah pasukan yang hebat, dengan pengurus yang hebat, Jose Mourinho. Mereka telah berusaha melakukan segalanya untuk jadi yang terbaik. Dan akhirnya mereka memutuskan untuk melakukan perubahan,” kata Luiz.

CARDIFF, WALES – DECEMBER 22: Caretaker Manager Ole Gunnar Solskjaer of Manchester United celebrates with Luke Shaw, Paul Pogba and Fred after the Premier League match between Cardiff City and Manchester United at Cardiff City Stadium on December 22, 2018 in Cardiff, United Kingdom. (Photo by Tom Purslow/Man Utd via Getty Images)

“Kemudian, datang Solskjaer dan dia melakukan perkara luar biasa, kerana dia adalah pelatih yang hebat dan juga dia memiliki pemain-pemain yang hebat. Sejak dahulu lagi, United adalah pasukan yang hebat. Kini, mereka dapat memahami rentaknya dan mereka mencuba menikmatinya.”

Percayakan Sarri

Pemain Brazil itu sempat mengulas mengenai khabar angin yang mengatakan para pemain mula hilang kepercayaan terhadap pengendali pasukan, Maurizio Sarri.

Luiz menegaskan tiada sebarang pemberontakan di bilik persalinan Chelsea terhadap taktikal Sarri walaupun selepas dibelasah 0-6 kepada Manchester City, minggu lalu.

MANCHESTER, ENGLAND – FEBRUARY 10: Maurizio Sarri the manager of Chelsea looks dejected during the Premier League match between Manchester City and Chelsea FC at Etihad Stadium on February 10, 2019 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Alex Livesey – Danehouse/Getty Images)

“Benar, (kami memiliki) masa depan yang hebat,” kata Luiz. “Kami sudah membuat beberapa perjumpaan, jika seseorang bertanya adalah mereka tidak percaya. Tiada sesiapapun[pemain] menyatakannya. Ia membuktikan bahawa semua orang masih percaya.”

“Kami tewas beberapa perlawanan mungkin kerana ia adalah sebahagian prosesnya. Pasukan yang berada di puncak liga ketika ini sudah bersama pengurus lebih daripada tiga tahun. Saya fikir kami berada dalam landasan yang betul dan masih perlu berusaha meningkatkan prestasi untuk menjadi pasukan yang menakjubkan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN