Pertahanan tengah Chelsea, David Luiz melabel bekas rakan sepasukannya, Cesc Fabregas sebagai pemain tengah terbaik yang pernah beraksi di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL).
Kali pertama Fabregas beraksi di England ialah apabila pemain itu menyertai Arsenal selama empat musim (2003-2007) sebelum beliau kembali kepangkuan kelab lamanya Barcelona pada tahun 2011.
Kemudian, pemain antarabangsa Sepanyol itu kembali semula ke kancah saingan EPL untuk menyertai Chelsea pada 2014.
Bagaimanapun, sejak Chelsea diambil alih oleh Maurizio Sarri, Fabregas agak tersisih dan hanya berpeluang membuat penampilan sebanyak enam kali sepanjang musim ini.
Pujian dari Luiz
Fabregas terkenal sebagai antara pemain yang mahir membuat umpanan bijak untuk mencipta gol.
Sepanjang tempoh kariernya di EPL, Fabregas telah merekodkan sebanyak 114 bantuan gol dan berjaya menjaringkan 50 gol.
“Salah seorang pemain terbaik yang bermain di England adalah dia (Fabregas). Semua orang tahu itu,” kata Luiz menerusi Skysport.
“Ia amat menyedihkan bagi semua orang ketika anda kehilangan pemain seperti ini, orang seperti ini, tetapi saya fikir semua orang harus berdiri dan memberi tepukan untuk beliau – kerana beliau sememangnya layak untuk menerima penghormatan sedemikian.”
Ucapan terakhir Fabregas
Pertahanan Brazil itu juga mendedahkan bahawa selepas perlawanan menentang Forrest, Fabregas datang kepada rakan-rakan di bilik persalinan untuk menyampaikan ucapan perpisahan.
Bagaimanapun, Luiz sama sekali enggan berkongsi apakah ang dikatakan oleh Fabregas kepadanya.
“Dia memberikan ucapan dan selepas itu kami semua membalasnya dengan ucapan terima kasih, dan memeluknya.”
Tambah Luiz, “Ia sentiasa sukar untuk kehilangan seorang pemain, terutama pemain seperti Fabregas. Seperti yang saya katakan, beliau adalah pemain bertaraf dunia tetapi saya juga faham ia adalah sebahagian daripada proses di dalam bola sepak.
“Dan jika ia lebih baik untuk Fabregas secara peribadi, dan lebih baik untuk kelab, kita harus memahaminya.”