David Luiz Kongsikan Rutin Harian Beliau Di Pusat Latihan Cobham

David Luiz

Seperti yang kita semua ketahui, para pemain profesional bertaraf dunia mempunyai disiplin yang begitu tinggi dalam menjadikan mereka pemain unggul dalam kancah bola sepak.

Kerja keras serta keupayaan hebat yang dimiliki melengkapkan karier cemerlang seseorang pemain bagi menghadapi satu-satu perlawanan, ia tidak terkecuali buat pertahanan Chelsea, David Luiz.

Pertahanan kental yang berkeupayaan melakukan ‘laser pass’ buat rakan sepasukan di jentera serangan ini berkongsikan rutin beliau di Pusat Latihan Cobham.

Tidak terlepas sarapan pagi

Menurut Luiz, sebaik sahaja beliau tiba di padang latihan, beliau akan menikmati hidangan sarapan pagi yang disediakan pihak kelab.

“Kebiasaannya, setiap hari saya akan tiba di sana (Pusat Latihan Cobham) pada jam 8.30 atau 9.00 pagi. Latihan akan bermula pada 10.30 pagi.”

”Saya menikmati sarapan pagi. Saya akan sentiasa mengambil makanan yang sama. ‘omelettes, avocado’, bijirin dan air.”


Latihan bukan sekadar di padang

”Latihan tidak hanya akan bermula di padang. Setiap pemain mempunyai sesuatu perkara yang dilakukan.”

”Kebiasaannya beberapa bahagian pada anggota badan. Saya akan lebih memfokuskan pada bahagian kaki. Untuk membuatkannya lebih kuat.”

Dalam pada itu, Luiz turut menjelaskan bahawa beliau akan menumpukan pada bahagian otot.

”Apabila saya mempunyai masa terluang dan ia bukan pada hari selepas perlawanan, saya akan bekerja lebih terhadap otot saya. Saya juga gemar untuk fokus pada keseimbangan.”

”Saya akan bekerja dengan menggunakan alatan berbeza di gimnasium dan sentiasa bersama fisioterapi untuk regangan dan memastikan tubuh badan saya bersedia untuk sesi latihan.”

Proses pemulihan dan Yoga

Luiz juga menitikberatkan proses pemulihan selepas tamat sesi latihan pasukan.

Antara proses pemulihan yang digemarinya adalah aktiviti di kolam renang. Bukan sahaja di pusat latihan, Luiz juga melakukan aktiviti tersebut ketika di rumah.

Bagi yoga pula, beliau melakukannya seminggu sekali di mana dua hari sebelum perlawanan. Ia bertujuan untuk melapangkan minda dan tidak kehilangan tenaga sehari sebelum perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN