David Laly Mahu Lebih Lagi Walau Dinobat Pemain Terbaik Liga Premier PFAM Bulan April

Pemain tengah pasukan Felcra FC, David Laly terlah dipilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Liga Premier Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) – asiana.my bagi bulan April 2018.

Anugerah oleh PFAM itu disampaikan sendiri oleh Presiden PFA Malaysia, Rezal Zambery di Wisma Felcra pada siang tadi.

Pemain tengah berusia 26 tahun yang pernah beraksi bersama Persipura Jayapura dan Persib Bandung di Indonesia itu memanjatkan rasa bersyukur atas anugerah ini.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengundi terutamanya dari Malaysia dan negara kelahiran saya Indonesia, tidak dilupakan pihak pengurusan, barisan kejurulatihan dan rakan-rakan sepasukan yang memberikan komitmen untuk pasukan Felcra FC.”

Sumber: PFAM, Facebook.

“Pastinya dengan pengiktirafan ini saya tidak akan rasa berpuas hati malah saya akan terus menampilkan aksi terbaik untuk pasukan yang saya wakili,” ujar David Laly.

Selain daripada Rezal Zambery selaku Presiden PFA Malaysia, turut hadir dalam majlis penyampaian anugerah tersebut ialah Bendahari PFA Malaysia Rudie Ramli, Exco PFAM Mohd Fairuz Abdul Aziz, Shahrom Abdul Kalam dan Razman Roslan serta Ketua Pegawai Eksekutif PFA Malaysia, Izham Ismail.

Selain daripada David Laly, calon lain yang turut tersenarai untuk anugerah pemain terbaik bulan April ini ialah Shukor Adan dari Felda United (15.89% Undi – 153 Undi), Lucas Pugh dari UiTM FC (9.24% – 89 Undi), Iain Ramsay dari Felda United (4.67% – 45 Undi) dan Anselmo Arruda Da Silva “Casagrande” dari Felcra FC (4.43% – 33 Undi).

David memenangi anugerah tersebut setelah menerima jumlah undian tertinggi sebanyak 66.77% (643 undi).

Kami dari Semuanya BOLA turut ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya untuk cabaran seterusnya buat David Laly.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN