Bekas pemain Real Madrid yang kini mempunyai kelab di Amerika Syarikat, David Beckham dilihat ingin membawa seorang lagi pemain ternama menyertainya di sana.
Pemain yang dimaksudkan adalah ketua pasukan Real Madrid, Sergio Ramos.
Menurut Football Espana, Beckham dikatakan sudah begitu lama berminat untuk membawa Ramos beraksi di Major League Soccer (MLS).
Pada hemat beliau, Ramos boleh mengakhiri karier bola sepaknya di sana walaupun ketika ini pemain itu sedang berada di puncak.
Hal ini kerana, Ramos baru saja meraikan rekod menjaringkan 100 gol pada aksi Eropah yang lalu dan sekali gus mengukuhkan namanya dalam sejarah Real Madrid.
Walaupun Beckham begitu mahukan bekas rakan sepasuknya untuk kembali menyertainya dan Gonzalo Higuain di Miami, tetapi mantan ketua pasukan England itu tidak berasa ianya boleh berlaku dengan mudah.
Hal ini kerana, Ramos yang tinggal setahun sahaja lagi dalam baki kontraknya kini dalam proses untuk memperoleh lanjutan bagi membolehkan dirinya terus kekal di Santiago Bernabeu.
Ramos dilihat masih lagi boleh beraksi dengan dengan baik di tahap tertinggi jadi itu mungkin akan mengurangkan peluang Beckham untuk membawa pemain itu ke MLS kerana dilihat pemain itu akan menerima juga lanjutan kontrak.
Walaupun Bekcham sudah membayangkan situasi itu, tetapi beliau tidak berputus asa untuk memperoleh Ramos di Amerika Syarikat.
Baca juga artikelkami mengenai Sergio Ramos:
La Liga: Gol Sergio Ramos Pastikan Real Madrid Kini Empat Mata Atasi Barcelona