David Beckham Gembira Bertemu TMJ, Ucap Tahniah Kejayaan JDT

Semalam, laman JST memuat naik gambar TMJ bersama legenda bola sepak England David Beckham.

David Beckham menerusi instagram beliau turut memuatnaik status dengan gambar bersama TMJ. Beckham meluangkan masa bertemu dengan rakannya TMJ dan juga pemilik kelab Valencia Peter Lim.

Peter Lim adalah jutawan dari Singapura yang telah banyak membantu TMJ dalam aspek pengurusan bola sepak. TMJ juga pernah menulis bahawa JDT menjalinkan kerjasama bola sepak dengan pasukan seperti Valencia.

JDT menjuarai Liga Super 2017 dan dinobatkan secara rasmi pada perlawanan Rabu lalu. Pasukan Kelantan memberikan penghargaan Guard of Honor kepada pasukan Harimau Selatan tersebut.

Kejayaan itu juga adalah yang ke-4 berturut-turut dalam sejarah kelab mereka. Menjadikan mereka satu-satunya pasukan melakukannya setakat ini.

JDT juga menjadi pasukan pertama menjulang piala edisi baharu Liga Super yang diukir tukang emas diraja seberat 20 kg. Dalam status ringkas Beckham semalam, beliau berkata:

“Gembira dapat berjumpa TMJ malam semalam. Gembira dapat meluangkan masa makan malam dengan dia (baginda) dan juga dengan rakan saya Peter Lim. Dan tahniah kepada pasukan (TMJ) Johor Southern Tigers di atas kejuaraan.”

Tahniah di atas kejayaan pasukan JDT menjuarai Liga Super 2017. Tumpuan seterusnya pastinya terarah kepada Piala Malaysia.

Adakah JDT akan dapat menamatkan musim 2017 dengan kejayaan berganda di domestik?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN