Rusia 2018: David Beckham Tampil Pertahan Raheem Sterling Yang Dikecam Peminat

Raheem Sterling, satu nama yang sering menjadi sasaran apabila setiap kali beliau beraksi untuk England di Piala Dunia 2018.

Hal ini kerana, beliau sering dilihat tidak beraksi baik seperti yang rakan-rakan beliau yang lain dalam jersi yang sama.

Beliau sering menjadi subjek kepada kritikan dan sampai satu tahap, seseorang sudah tidak tahan lagi dengan situasi itu.

Legenda England, David Beckham telah tampil mempertahan Sterling di atas prestasi yang beliau miliki di Piala Dunia.

Tindakan yang dilakukan Beckham itu selepas beliau menyertai Gary Neville turut mempertahankan pemain Manchester City itu.

Sterling menjadi cemuhan di media sosial selepas pemain itu gagal menyempurnakan peluang terhidang sebelum rehat separuh masa. ketika menentang Sweden.

SAMARA, RUSSIA – JULY 07: Raheem Sterling of England is challenged by Victor Lindelof of Sweden during the 2018 FIFA World Cup Russia Quarter Final match between Sweden and England at Samara Arena on July 7, 2018 in Samara, Russia. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

“Layanan yang diterima oleh Sterling di media sosial sememangnya begitu menjijikkan. Ianya tidak menggambarkan permainan beliau yang sebenar di atas padang,” kata Neville ketika bersiaran untuk ITV.

Kenyataan Neville itu kemudiannya dipersetuju oleh Beckham dan beliau meluahkannya di laman Instagram Story beliau.

“Saya tak perasan perkara ini (kritikan terhadap Sterling), tetapi apa yang dilakukan itu adalah salah.”

“Kita berada di separuh akhir Piala Dunia. Setiap pemain berhak diberikan tepukan kerananya.”

“Kita sebagai satu negara harus bersatu di bekalang pasukan.”

England kembali ke separuh akhir Piala Dunia selepas kali terakhir merasainya pada Piala Dunia 1990.

Mereka akan bertemu lawan sukar iaitu Croatia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN