Datuk Umur 75 Tahun Jaring Gol Pada Debut Profesional

Ezzeldin Bahader kini mengimpikan untuk menjadi pemain bola sepak profesional paling tua di dunia.

Namun untuk berbuat demikian, Bahader perlu menunggu satu lagi perlawanan sekali gus memahat namanya di dalam Guiness World Records.

Setakat ini Bahader telah melalui permulaan yang amat baik.

Beraksi bersama kelab October 6 di Divisyen 3 Liga Mesir, datuk kepada enam cucu ini menjaringkan gol melalui sepakan penalti pada penampilan pertamanya untuk membantu kelab yang diwakilinya mengikat seteru utama, Genius 1-1.

https://twitter.com/qwertywaptv/status/1237035602815713281

Jaringan yang dilakukan oleh Bahader mencetuskan keraian luar biasa dari kalangan rakan sepasukannya, dan menjadikan beliau sebagai pemain paling tua menjaringkan gol sebagai pemain profesional.

Bahader yang turut dikurniakan empat anak beraksi penuh 90 minit perlawanan walaupun mengalami kecederaan lutut, dan kini berada di ambang mencipta satu lagi sejarah dalam bola sepak dunia pada perlawanan seterusnya.

Sekiranya Bahader beraksi untuk October 6 dalam perlawanan yang dijadualkan pada 21 Mac akan datang, maka beliau akan disahkan sebagai pemain tertua yang beraksis secara profesional – memintas rekod yang dipegang pemain Israel, Isaak Hayik.

“”Saya menjadi pemain paling tua menjaringkan gol sebagai pemain profesional di dalam perlawanan rasmi,” kata Bahader selepas perlawanan.

https://twitter.com/EnockKobinaEsse/status/1236985447307452416

“Ia adalah pencapaian yang dirai pada minit akhir perlawanan, dan pada mulanya saya fikir tidak akan mampu melakukannya.

“Saya telah mengalami kecederaan, dan saya hanya berharap mampu beraksi untuk 90 minit, dan juga untuk perlawanan seterusnya.”

Jurulatih October 6, Ahmed Abdel Ghany pula berkata: “Ia adalah amat bagus untuk seorang pemain dari Mesir mempunyai rekod di dalam Guiness Book of Records. Ia juga perkara yang baik untuk kami memiliki pemain seperti beliau di October 6.

“Jujurnya kami tidak akan mendapat 100% manfaat daripada beliau secara teknikal, tetapi kami memastikan beliau pulih sepenuhnya untuk membenarkan beliau beraksi 90 atau 180 minit aksi (untuk layak dimasukkan ke Guiness World Redord).”

Leave a Reply