Datuk Tengku Farouk Akui Pembaharuan Cuba Dilakukan MFL Tidak Bebankan Penyokong

Tengku Farouk

Setiausaha Agung Bola Sepak Negeri Terengganu, PBSNT, Datuk Tengku Farouk Husin Tengku Abdul Jalil, menegaskan bahawa usaha daripada MFL seharusnya dipandang dari sudut positif.

Usaha tersebut dilihat bagi menjana kewangan menerusi peranan penyokong dengan melanggan aplikasi yang bakal diperkenalkan oleh EVC dalam masa terdekat.

Bahkan, dia percaya usaha ini tidak akan bebankan penyokong jika komitmen kewangan yang tidak tinggi dikenakan bagi menonton aksi pasukan kesayangan masing-masing.

“Sememangnya pembaharuan seperti ini patut dipuji kerana ia melibatkan penyokong kesayangan kita.

“Kita harap barisan penyokong dapat bagi kerjasama dan sokongan sepenuhnya kepada langkah ini yang pasti akan beri keuntungan kepada semua pihak

“Dan saya percaya kos bayaran untuk melanggan applikasi itu juga tidak akan mahal dan berpatutan untuk kita sama-sama menikmati inisiatif baharu daripada MFL ini,” jelasnya.

Semalam MFL mengumumkan kemasukan rakan kongsi Enervive Consultancy Sdn Bhd (EVC) dalam penstrukturan hak penyiaran Liga Malaysia bermula musim 2020 sekali gus menyaksikan masalah agihan hak penyiaran musim ini selesai.

Meskipun ketiadaan Telekom Malaysia (TM) yang menarik diri sebagai penaja utama selepas Liga Malaysia bermula tapi MFL terus berusaha untuk membantu kewangan pasukan dengan mendapatkan pendapatan hak penyiaran selain perjalanan liga yang lebih tersusun musim ini.

Kredit foto: Urus Setia Penerangan Darul Iman & Teganukita.net

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN