Datuk Seri Vida Berminat Jadi Presiden KAFA Yang Baharu

Datuk Seri Vida

Pemilik syarikat Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman ataupun Datuk Seri Vida membertitahu Berita Harian yang beliau akan mempertimbangkan jika ada peluang menjadi Presiden KAFA.

Anda tidak perlu semak tarikh artikel ini, ini bukan berita tahun lepas, ini berita pada Ogos 2017.

Pada musim lalu, Datuk Seri Vida menjadi penaja utama pasukan Kelantan. Namun berlaku banyak krisis dan konflik di antara beliau dengan KAFA, membuatkan kerjasama di antara mereka ditamatkan.

Namun begitu, beliau meletakkan 2 syarat untuk menjadi Presiden KAFA.

Pertamanya, beliau mahu penyokong Kelantan menyokong produk Pamoga Qu Puteh beliau. Ini penting untuk menjana pendapatan bagi membantu kewangan kelab. Datuk Seri Vida berkata lagi:

“Kalau tidak sokong, tidak beli produk Qu Puteh, bagaimana saya nak mengambil alih KAFA.”

Seterusnya, Datuk Seri Vida meminta agar KAFA segera langsaikan hutang lapuk mereka. Ini untuk membolehkan beliau mengambil alih dengan sistematik dan membuka buku baru.

Photo by Hazmin Hussin/ www.asiana.my

Buat masa ini, KAFA dibelenggu dengan masalah hutang yang agak kritikal. Mereka masih lagi digantung daripada melakukan pendaftaran pemain import yang baru.

Datuk Seri Vida menghargai usaha KAFA untuk membuka pencalonan kepada semua yang berminat menjadi Presiden KAFA.

KAFA akan mengadakan Kongres Agung Tahunan kali ke-63 pada pertengahan bulan depan. Mereka akan memilih barisan EXCO baharu termasuk presiden.

Untuk membaca kenyataan penuh Datu Seri Vida anda boleh klik pautan artikel BH Online di sini.

Sumber

BH Onlinehttps://www.bharian.com.my/sukan/bola/2017/08/313543/vida-jadi-presiden-kafa

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN