Datuk Seri Azzuddin Ucap Selamat Tinggal Kepada AFF

Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Azzuddin Ahmad disahkan telah menamatkan khidmatnya selaku Setiausaha Agung Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) yang ketiga pada Kongres AFF ke-29 di Siem Reap, Kemboja, bulan lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak AFF, bekas anggota tentera itu berkhidmat dengan badan induk bola sepak ASEAN itu selama tujuh tahun, selepas mengambil alih jawatan berkenaan daripada Datuk Seri Paul Mony Samuel pada 2013.

Kongres AFF di Siem Reap, Kemboja. FOTO: FAM

“Tempoh khidmat saya bersama AFF adalah pengalaman yang hebat. Saya akan sentiasa mengingati kenangan manis bersama AFF. Pada masa ini, AFF berada dalam kedudukan lebih baik, terima kasih atas sumbangan pelbagai pihak.

“Saya mampu berkhidmat dalam memantapkan AFF dengan bimbingan Majlis AFF, selaras dengan matlamat Persekutuan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Majlis AFF dan juga pihak Sekretariat atas sokongan mereka dan menjadikan saya sebahagian daripada organisasi yang menarik ini,” kata Azzuddin.

AFF akan membuat pengumuman mengenai pelantikan setiausaha agung baharu badan induk itu tidak lama lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN