Datuk Rashid Hasnon Idam Kembalikan ‘Zaman Emas’ Kuala Lumpur

Mungkin mahu mengikut langkah Allahyarham Tan Sri Eliyas Omar, Datuk Rashid Hasnon telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).

Allahyarham sangat dikenali apabila berjaya membawa Kuala Lumpur menjadi pasukan yang digeruni ketika dirinya menjawat jawatan Presiden pada tahun 1985 sehingga 1993.

Di eranya sebagai Presiden, The Hawks melalui ‘zaman emas’ mereka apabila berjaya meraih kejuaraan Piala Malaysia selama 3 tahun berturut-turut bermula pada edisi 1987 hingga 1989.

Umum mengetahui yang bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang kini merupakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu sangat meminati sukan bola sepak.

Orang kuat PBMPP, Dato’ Mohd Rashid bin Hasnon (bertopi) yang dikhabarkan dipujuk untuk bersama Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang. Foto: Facebook PBMPP

Ketika di Pulau Pinang, tanpa bajet yang kukuh, Rashid telah berjaya membawa skuad Bolasepak Melayu Pulau Pinang untuk menjuarai saingan Piala Emas Raja-Raja (PERR) 2017.

Dan ketika skuad utama Pulau Pinang tercari-cari calon Presiden yang baharu, namanya turut disebut-sebut namun akhirnya dikhabarkan tidak mendapat restu Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Selepas 15 tahun tak menang, saya bawa mereka hingga menjadi juara tahun lepas menewaskan pasukan Kelantan,” ujar kenyataannya yang dipetik daripada Berita Harian.

Menurutnya yang ditemui media di Lobi Parlimen kelmarin, minat yang mendalam kepada sukan bola sepak telah menjadi pendorong utamanya untuk menawarkan diri.

Foto: Penang Brotherhood

“KLFA atau lebih dikenali sebagai The Hawks ini sinonim dengan presidennya yang terdahulu iaitu Allahyarham Tan Sri Eliyas Omar yang telah membawa pasukan ini sebagai pasukan digeruni di Lembah Klang.

“Kini sudah tiba masanya untuk pasukan KLFA kembali sebagai pasukan yang digeruni dan oleh yang demikian saya dengan ini ingin menawarkan diri sebagai presiden KLFA pada musim 2018 – 2022,” jelasnya kepada pihak media.

Mengulas lanjut, jika dipilih, Rashid berjanji yang tugasnya sebagai Ahli Parlimen Batu Pahat dan Timbalan Yang Dipertua tidak akan mengganggu tanggungjawabnya di persatuan nanti.

Pemilihan jawatan Presiden KLFA dijangka akan berlangsung selama dua minggu dan sebanyak 36 daripada 65 persatuan bola sepak di bawah naungannya layak untuk mengundi.

Untuk musim 2018, Kuala Lumpur menamatkan musim di suku akhir Shopee Piala FA, tersekat di peringkat kumpulan unifi Piala Malaysia dan juga meraih kedudukan ke-10 Liga Super.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN