Datuk Peter Anthony Kekal Presiden SAFA, Ikrar Perkasa Akar Umbi Di Sabah

Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Loading official content
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília
The Brazilian National Team held its last training session at Mané Garrincha Stadium, in Brasília, where they will face Colombia in the 2026 World Cup Qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Thiago Almada scores his first goal for Lyon
00:46
00:00
01:27
01:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video CBF di OneFootball

Datuk Peter Anthony yang sebelum ini hanya bergelar pemangku kini secara sah adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) yang baru.

Beliau yang juga merupakan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah menang tanpa bertanding untuk jawatan tersebut pada kongres tahunan SAFA bagi penggal 2019-2020 yang diadakan baru-baru ini.

Peter sebelum ini bergelar pemangku selepas beliau tampil menggantikan Presiden SAFA terdahulu, Alijus Sipil yang meletak jawatan pada 2018.

Datuk Peter Anthony terus terajui kepimpinan SAFA untuk penggal baharu.

Di bawah kepimpinan Peter, Sabah meraih kejuaraan Liga Premier 2019, sekaligus melayakkan pasukan itu untuk kembali bersaing di Liga Super pada musim hadapan.

Bercakap kepada pemberita seperti yang dilaporkan Bernama, beliau berkata:

“Kita akan membangunkan bola sepak di setiap daerah…kita mahu mencungkil bakat pemain sejak dari umur tujuh tahun sehingga ke 12 tahun untuk menjadi pelapis di masa akan datang.

“Oleh itu kita akan pastikan setiap SAFA daerah dapat memainkan peranan masing-masing dengan membuat perancangan membangunkan bola sepak di kawasan masing-masing termasuk menganjurkan beberapa kejohanan dan akan ada peruntukan diberikan untuk melaksanakannya,” katanya.

Berkenaan cabaran di Liga Super pada musim hadapan, beberapa muka baharu akan dibawa masuk termasuklah barisan pemain import untuk memperkuatkan cabaran pasukan – dan akan diumumkan kepada umum apabila tiba masanya.

Mengenai kedudukan Jelius Ating, Datuk Peter Anthony mengesahkan pengendali skuad Tambadau pada musim lalu itu akan menjadi Penolong Jurulatih, dan akan dihantar untuk mengikuti kursus bagi mendapatkan ‘AFC Pro License’.

Sabah terpaksa melupakan khidmat bekas pemain pertahanan itu sebagai Ketua Jurulatih disebabkan syarat pengendali pasukan di Liga Super yang mewajibkan Ketua Jurulatih wajib memiliki lesen AFC Pro.

Sehubungan dengan itu, Peter mengesahkan seorang jurulatih asing akan dibawa masuk untuk mengendalikan pasukan Sabah pada musim hadapan.

 

Kredit Foto: Sabah FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN