Malaysia bakal memulakan saingan acara bola sepak di Sukan Asia 2018 yang dilangsungkan di Jakarta dan juga Palembang.
Sehubungan dengan itu, jurulatih skuad B-23 Malaysia iaitu Datuk Ong Kim Swee telah mensasarkan untuk skuad negara untuk mara ke peringkat suku akhir dalam acara ini.
Menurut laporan The Star, Kim Swee berkata pasukannya tidak akan mengambil enteng setiap cabaran yang bakal dihadapi pasukan negara dalam temasya ini.
“Kami mahu menang semua perlawanan dalam kumpulan ini.”
“Saya tidak mahu pasukan kita hanya memperoleh mata sahaja dari perlawanan peringkat kumpulan.”
Skuad negara akan memulakan saingan dengan menentang Kyrgyzstan dalam perlawanan yang dilangsungkan di Bandung.
Menurut Kim Swee, beliau tidak mahu pasukannya memandang rendah keupayaan lawan kerana Kyrgyzstan adalah pasukan yang dibarisi oleh pemain yang beraksi di saingan liga yang kompetitif.
“Kita tak boleh memandang rendah pasukan Kyrgyzstan ini kerana mereka punya pemain yang beraksi di saingan liga yang kompetitif.”
Tambah Kim Swee lagi, pasukan seperti Kyrgyzstan ini mempunyai pemain yang cukup baik dari segi teknik bola sepak mereka.
“Kyrgyzstan ini sama seperti dengan Uzbekistan kerana para pemain mereka mempunyai tahap teknik yang cukup baik.”
“Mereka juga mempunyai kualiti yang cukup baik dalam skuad mereka.”
Aksi menentang Kyrgyzstan ini akan bermula pada jam 4.30 petang waktu Malaysia.
Siara langsung perlawanan ini akan disiarkan di Astro.