Datuk Ong Kim Swee Letak Jawatan Di FAM Untuk Jadi Ketua Jurulatih Sabah FC

Datuk Ong Kim Swee meletakka jawatan selaku Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menjadi Ketua Jurulatih Sabah FC.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi.

Kim Swee, kini berusia 50 tahun, menyerahkan surat perletakkan jawatan beliau di Wisma FAM pada hari ini.

“Surat peletakan jawatan itu diserahkan Kim Swee kepada Setiausaha Agung FAM, hari ini dan pihak pengurusan FAM telah menerima peletakan jawatan tersebut, seterusnya mencapai persetujuan bersama untuk melepaskan beliau ke jawatan baharunya itu berkuat kuasa 1 Oktober 2021,” ujar kenyataan tersebut.

Datuk Ong Kim Swee telah berkhidmat bersama FAM selama 14 tahun bermula dari tahun 2007 dengan pelbagai jawatan iaitu ketua jurulatih skuad B-16 kebangsaan, skuad B-17 kebangsaan, skuad Harimau Muda, skuad B-23 kebangsaan, skuad kebangsaan, Ketua Unit Belia dan terakhir sebagai Pengarah Teknikal bermula Januari 2021.

Sepanjang bersama FAM beliau pernah membimbing pasukannya muncul juara Piala Belia 2007, naib juara Piala Belia 2008, juara Liga Premier 2009, pingat emas Sukan SEA 2011, juara Pestabola Merdeka 2013, pingat perak Sukan SEA 2017, suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 dan layak ke peringkat kalah mati pada Sukan Asia 2018.

Ong Kim Swee
. (Photo by How Foo Yeen/Getty Images)

Sabah FC pula tidak mempunyai Ketua Jurulatih sejak memecat pengendali Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto pada penghujung Ogos lalu.

Pasukan dari Borneo itu hanya mencipta empat kemenangan dari 21 perlawanan yang telah dilalui pada musim ini, dan menduduki tempat ke-9 Liga Super.

Perlantikan Datuk Ong Kim Swee dilihat sebagai usaha Sabah untuk membangkitkan kembali prestasi pemain-pemainnya di pertandingan Piala Malaysia selepas ini, dan juga untuk saingan musim akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN