Datuk K. Rajagobal Umum Akan Keluarkan Autobiografi ‘Saya Rajagobal’

Bekas ketua jurulatih Malaysia, Datuk K. Rajagobal mengumumkan akan mengeluarkan autobiografinya yang bertajuk ‘Saya Rajagobal’ pada akhir 2020 atau awal 2021 nanti.

Pengumuman tersebut dibuat oleh beliau sendiri dalam satu acara riadah bola sepak 7 sebelah anjuran Persatuan Sukan Rekreasi Malaysia (REKREASI) dan Padang Bola Sepak Dot Com (PBS) di KV Rhino Arena Shah Alam, Selangor pada 31 Ogos 2020 lepas.

Difahamkan buku ‘Saya Rajagobal’ akan menceritakan kisah peribadi jurulatih ikonik itu dari zaman kecilnya di Kampung Air Panas, Setapak hinggalah zaman beliau mula menceburi arena bola sepak semi profesional bersama PKNS dan Selangor.

Turut bakal diceritakan dalam autobiografi tersebut adalah kisah hubungan rapatnya dengan pemain-pemain muda sehingga berjaya melahirkan pemain-pemain ikonik seperti Safiq Rahim, Nurshahrul Idlan Talaha, Safee Salee, Aidil Zafuan, Zaquan Adha dan Ahmad Fakri Saarani.

Ketika ditemui dalam acara anjuran REKREASI dan PBS tersebut, Rajagobal dilihat masih aktif dan cergas pada usia 64 tahun.

Aksi Datuk K. Rajagobal ketika bermain bersama peserta #BolaSepakMerdeka anjuran REKREASI dan PBS di Shah Alam. (Foto: Shah Amirul, PBS)

Jurulatih yang membawa pasukan negara menjuarai AFF Suzuki Cup pada edisi 2010 itu turut tidak mempunyai masalah menyarung jersi Selangor yang pernah dipakainya pada tahun 1983.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN