Bekas bintang bola sepak kebangsaan, Datuk Jamal Nasir memberi cadangan kepada untuk kesemua pemain Liga Malaysia untuk mencuba sesuatu yang baharu dikala wabak Covid-19 masih lagi melanda negara.
Menurut laman Berita Harian, beliau mencadangkan untuk pemain Liga Malaysia melakukan kerja-kerja sampingan untuk menampung perbelanjaan keluarga.
“Saya yakin pemain yang mempunyai kemahiran berniaga boleh melakukan perniagaan secara kecil-kecilan. Tindakan ini dapat membantu mereka membayar bil utiliti selain menampung perbelanjaan keluarga.”
Jamal juga mengatakan buat masa ini pemain perlu melupakan status mereka sebagai jagoan bola sepak dan fokus membantu kelangsungan hidup keluarga sementara wabak ini masih ada.
“Lupakan status sebagai pemain bola sepak itu dahulu, fikirkan cara untuk membela nasib keluarga dalam situasi penuh mencabar ketika ini.”
Datuk Jamal Nasir berkata demikian apabila menyaksikan ketidaktentuan dunia mengenai wabak Covid-19 ini memberikan impak buruk kepada Liga Malaysia.
Pemain dijangka mengalami masalah pembayaran gaji kerana majikan pastinya akan mengalami masalah untuk melakukan sedemikian sekiranya bola sepak tidak dimainkan.