Datuk Hamidin Mahu Harimau Malaya Bergelar Juara Piala AIRMARINE 2019

Skuad Harimau Malaya bakal berdepan tugasan penting pada bulan ini apabila dijadualkan menghadapi kejohanan empat penjuru, Piala AIRMARINE 2019 dan beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa.

Mengulas mengenai sasaran Malaysia dalam kejohanan tersebut, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, mahu skuad kendalian Tan Cheng Hoe bergelar juara  bagi melonjakkan kedudukan ranking Malaysia ke tangga 34 Asia.

Hal ini kerana Malaysia perlu mengelak daripada beraksi dalam pusingan play-off kelayakan Piala Dunia Qatar 2022. Ketika ini skuad Harimau Malaya berada di ranking ke-167 dunia.

“Selain kejohanan ini, satu lagi perkara penting adalah mengumpul mata bagi meningkatkan ranking negara.

“Ranking Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) yang akan dikeluarkan bulan depan amat penting untuk menentukan kedudukan Malaysia dalam kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia.

“Memandangkan kita akan berdepan Singapura, Tan Cheng Hoe perlu memastikan skuad negara menewaskan pasukan itu dan kemudian menewaskan Afghanistan atau Oman dalam final,” katanya seperti dipetik dalam Stadium Astro.

FOTO: FAM

Dalam undian rasmi Piala AIRMARINE, skuad negara diundi bertemu pasukan di tangga ke-165 dunia, Singapura, 20 Mac ini, sebelum bertemu pemenang di antara Oman dan Afghanistan dalam perlawanan akhir. Semua perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selepas itu, skuad Harimau Malaya akan menghadapi satu lagi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Nepal pada 26 Mac ini, bagi mengumpul mata ranking sebelum kelayakan Piala Dunia.

Hari ini, pengendali skuad Malaysia, Tan Cheng Hoe telah mengumumkan senarai 25 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat bermula hari Selasa, 12 Mac 2019.

Barisan pemain skuad Harimau Malaya yang beraksi di Piala AFF 2018. FOTO: FAM

Daripada 25 pemain tersebut, Cheng Hoe mengekalkan seramai 13 pemain dari skuad 23 pemain yang membawa Malaysia muncul naib juara Piala Suzuki AFF 2018, Disember lalu tanpa baki 10 pemain lain.

3 pemain baharu yang dipanggil kali ini ialah pemain tengah dari Selangor, Faiz Nasir, pemain pertahanan PKNS, Nick Swirad dan pemain sayap PKNP FC, Hafiz Ramdan. Hadin Azman yang beraksi cemerlang dalam saingan Liga Super musim ini turut memperkuatkan pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN