Datuk Haji Hamidin Kini Galas Tanggungjawab Sebagai Presiden MFL

Hamidin

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin hari ini secara sebulat suara telah dipilih sebagai Presiden Malaysian Football League (MFL) menerusi undian Ahli Lembaga Pengarah dalam Mesyuarat Rakan Kongsi Liga 2019.

Pemilihan Datuk Haji Hamidin itu dibuat selepas pemegang taruh MFL yang terdiri daripada 23 rakan kongsi bersetuju untuk meminda Perlembagaan MFL.

Ia menyaksikan status jawatan pengerusi ditukar kepada presiden dengan calon untuk menduduki kerusi tertinggi itu adalah dalam kalangan Ahli Lembaga Pengarah MFL serta tidak terikat dengan mana-mana pasukan atau kelab Liga Malaysia.

Perubahan itu sekali gus menyaksikan Datuk Haji Hamidin dipilih mengambil alih teraju MFL daripada pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim selaku Pengerusi MFL sebelum ini.

Menurut Datuk Haji Hamidin, beliau berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh semua pemegang taruh MFL selain menganggap ia satu tanggungjawab dan amanah cukup besar.

“Ini satu penghormatan besar diberikan oleh semua pemegang taruh MFL dan dalam masa yang sama cabaran berat untuk saya pikul. Saya akan berusaha untuk memegang amanah ini dengan baik namun saya mengharapkan sokongan padu semua pihak untuk bergerak sama melaksanakan gagasan yang sudah diasaskan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail.

“Saya sebenarnya berat untuk memikul jawatan ini tetapi atas kepercayaan yang diberikan daripada Rakan Kongsi Liga dan demi stabilkan keadaan untuk bola sepak negara, saya bersetuju dengan pemilihan ini,” katanya.

Tambah Datuk Haji Hamidin, beliau menagih sokongan semua pihak untuk mengimbangi tuntutan selaku Presiden FAM dan Presiden MFL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN