Dato’ Hamidin Tidak Akan Bertanding Rebut Jawatan Naib Presiden AFC

Hamidin

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan presidennya, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin tarik diri daripada bertanding sebagai naib presiden zon Asean dalam Kongres Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) ke-29 yang bakal berlangsung pada hari Sabtu ini.

Walaupun mendapat percalonan untuk jawatan Naib Presiden daripada beberapa ahli gabungan, beliau tetap akan menumpukan kepada usaha menjadi ahli jawatankuasa eksekutif AFC bagi penggal 2019-2023.

Beberapa hari lalu bekas Presiden Persatuan Bolasepak Bahrain (BFA), Sheikh Salman Ebrahim Al Khalifa kekal menerajui Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) selama empat tahun lagi selepas pencabarnya disahkan telah menarik diri daripada pencalonan jawatan presiden.

Kongres AFC turut menyaksikan pemilihan lima Naib Presiden AFC dan enam Ahli Majlis FIFA, serta lima anggota jawatankuasa eksekutif wanita AFC dan sembilan Ahli jawatankuasa eksekutif AFC.

Menurut kenyataan daripada FAM, mereka akan memberi sokongan kepada calon dari Myanmar untuk pencalonan jawatan naib presiden.

“Dalam usaha untuk mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan negara Asean, Dato’ Haji Hamidin telah memutuskan untuk memberi sokongan padu kepada Presiden Persekutuan Bolasepak Myanmar (MFF), Zaw Zaw,” kata kenyataan itu.

Dato’ Haji Hamidin bagaimanapun yakin Zaw Zaw yang juga Naib Presiden Persekutuan Bolasepak Asean (AFF), memiliki ciri-ciri dan ketokohan sebagai pemimpin tertinggi AFC.

Kongres AFF di Siem Reap, Kemboja. FOTO: FAM

Turut bertanding untuk jawatan Naib Presiden zon Asean ialah Naib Presiden Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF), Dr Tran Quoc Tuan, yang juga dicalonkan untuk jawatan exco.

“Saya menghormati dan memandang tinggi Zaw Zaw. Setelah melakukan semua pertimbangan, saya memutuskan untuk tarik diri dari bertanding jawatan naib presiden walaupun mendapat percalonan ahli gabungan dan sebaliknya memilih untuk bertanding merebut kerusi exco selepas mendapat sokongan.

“Apa yang menjadi keutamaan adalah jalinan persahabatan dan perpaduan dalam kalangan persatuan anggota AFF,” kata Dato’ Haji Hamidin

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN