Dato Hamidin Minta Penyokong Jangan Mengada-Ngada Sangat Dan Ikut Sedap Hati

Hamidin

Dalam satu kenyataan media setiausaha Agung FAM semalam, Dato Hamidin Mohd Amin tidak mahu penyokong menilai secara realistik dan bukannya ikut sedap hati.

Kenyataan itu diluahkan sehari selepas Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin memberikan sokongan kepada TMJ dan menegur sikap segelintir penyokong.

Dato Hamidin mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

Penilaian berfakta diperlukan

“Penyokong bola sepak tanah air perlu membuat penilaian berpandukan fakta. Pertama, pasukan kebangsaan telah lama tidak berada dalam prestasi yang baik. Jadi ia adalah tugas kami untuk mencari formula baharu untuk memperbaikinya.”

Beliau juga menjelaskan isu kenyataan part-time oleh TMJ sebelum ini yang diberikan kritikan hebat oleh penyokong. Dato Hamidin berkata:

“Ramai menyuarakan rasa kecil hati apabila DYAM Tunku Mahkota Johor mengatakan baginda hanya ‘part time’ di FAM sedangkan kenyataan itu adalah betul.”

“Ini kerana semua exco adalah ‘part time’. Semua yang ada dalam persatuan bola sepak negeri masing-masing juga ‘part time’. Jadi ianya memang betul, kerana tugas dan tanggungjawab pertama baginda adalah berkhidmat kepada negeri Johor.”

“Baginda adalah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor. Oleh itu, bola sepak bukanlah kerja sepenuh masa baginda. Mengapa ramai yang begitu mengada-ngada sangat?”

“Saya lihat apabila penyokong kita mencaci, memaki dan segala perkara seperti ini secara jelas menunjukkan negara kita bukan seperti negara maju. Ia seperti ‘low class minded’.”

FAM tidak mahu kehilangan TMJ

“Selain itu, jikalau DYAM Tunku Mahkota Johor keluar (letak jawatan), FAM akan menjadi lebih teruk. FAM kini sedang berhutang RM49 juta, dan tidak ada duit pun untuk tahun hadapan.”

“Sekarang ini kita akan ada banyak syarikat yang hendak meletakkan duit disebabkan kepimpinan DYAM Tunku Mahkota Johor. ”

“Jikalau baginda angkat kaki, pastinya syarikat-syarikat tersebut yang hendak membuat pelaburan RM60 juta, RM70 juta atau RM80 juta tersebut semuanya akan menarik diri.”

“Apabila perkara sedemikian berlaku, maka semakin teruklah pasukan yang bertanding. Kerana ideologi baginda adalah untuk memberi RM6 juta hingga RM7 juta kepada setiap pasukan yang bertanding.”

“Kemungkinan pada tahun pertama akan diberi RM3 juta dahulu. FAM yang terdahulu memberi paling banyak pun tidak sampai RM400 ribu, namun DYAM Tunku Mahkota hendak memberi RM3 juta untuk tahun pertama dan tahun kedua, seterusnya meningkat sehingga mencecah RM6 juta hingga RM7 juta.”

“Tetapi jikalau baginda tiada, penaja akan keluar (menarik diri). Baginda tidak akan susah kerana JDT sentiasa berduit, tetapi bagaimana dengan pasukan-pasukan lain pula?”

“Jadi kalau hendak menilai, buatlah penilaian dari segi realistik. Jangan sedap ikut hati sahaja. Fikir baik-baik.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN