Dato’ Haji Hamidin Dipilih Sebagai Naib Presiden Persekutuan Bolasepak Asean (AFF)

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin, hari ini dipilih sebagai memegang jawatan selaku naib presiden Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) untuk penggal 2019-2023 dalam Kongres AFF di Siem Reap, Kemboja.

Setiausaha Agung FAM, Stuart  Ramalingam, menganggap pemilihan Dato’ Haji Hamidin sebagai satu penghormatan buat FAM, khasnya dan negara, secara umumnya.

“Sebagai antara negara pengasas AFF, FAM harus ada suara dalam menentukan dasar dan hala tuju AFF, apatah lagi badan serantau ini berpangkalan di Kuala Lumpur, dengan ibu pejabat baharu bakal siap sepenuhnya tahun ini,” kata Stuart dalam kenyataan di laman facebook rasmi FAM.

Kongres AFF di Siem Reap, Kemboja. FOTO: FAM

Turut terpilih menjadi Naib Presiden AFF ialah Dato’ Sri Zaw Zaw dari Myanmar yang mempertahankan jawatannya dan Dato’ Sri Francisco Kalbuadi Lay dari Timor Leste.

AFF kini diterajui oleh Mejar Jeneral Khiev Sameth dari Kemboja selaku Presiden, menggantikan Sultan Ahmad Shah, yang menolak pencalonan atas sebab-sebab kesihatan. Sameth, yang juga Naib Presiden Persekutuan Bolasepak Kemboja (FFC), sebelum ini memegang jawatan timbalan presiden AFF.

Sameth menang tanpa bertanding berikutan penarikan diri Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

“Kami mengharapkan kerjasama yang lebih erat dalam kalangan negara anggota AFF di bawah kepimpinan Sameth agar AFF dapat membantu ahli gabungannya menaikkan standard bola sepak Asia Tenggara,” jelas Stuart.

Kami di SemuanyaBOLA ingin mengucapakan tahniah kepada Dato’ Haji Hamidin dan FAM diatas perlantikan tersebut dan semoga bola sepak Asia Tenggara terus melangkah ke hadapan sejajar dengan perkembangan terkini bola sepak moden.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN