‘Darul Aman Bakal Gamat’ – Sanusi Serah Sumbangan Tunai Beli Instrumen Untuk Ultras Kedah Dan KEPDA

kedah penyokong 2020 80 peratus goflumen

Atmosfera ketika perlawanan di Stadium Darul Aman kini mungkin akan berubah selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (Kedah FA), YAB Dato’ Seri Hj. Muhammad Sanusi Md Nor yang mewakili persatuan itu menyerahkan dana berbentuk wang tunai kepada dua kumpulan penyokong semalam.

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) atau pasukan yang lebih dikenali dengan jolokan Sang Kenari pasti tidak akan sunyi lagi setiap kali melangkah masuk ke stadium keramat milik mereka.

Darul Aman bakal gamat

Ini kerana dua kumpulan penyokong pasukan itu, Ultras Kedah dan KEPDA kini bakal dilengkapi dengan kelengkapan dan instrumen baharu untuk menggamatkan suasana hari perlawanan.

Umum mengetahui atmosfera perlawanan amat penting di dalam memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah.

Mungkin atas kesedaran tersebut, pihak Kedah FA menerusi presidennya, menyerahkan sumbangan wang tunai kepada kumpulan penyokong pasukan itu untuk memperkasakan mereka sebagai pemain ke-12 pasukan.

Sumbangan tersebut diserahkan dalam satu majlis ringkas di Wisma Darul Aman, dihadiri wakil-wakil penyokong.

Perjalanan KDA FC

Setakat ini KDA FC telah beraksi tiga perlawanan di halaman sendiri pada musim ini, termasuk satu perlawanan Piala FA menentang KSR Sains pada 12 Mac lalu,

Dalam semua tiga perlawanan tersebut, skuad kendalian Aidil Shahrin telah merekodkan tiga kemenangan iaitu dengan menewaskan KL City FC 3-2 pada 9 Mac, menang 4-0 ke atas KSR Sains, dan menang ke atas Sri Pahang FC dengan jaringan 1-0 pada 6 April.

Aksi seterusnya di halaman sendiri untuk KDA FC bagaimana pun hanya akan berlangsung pada 6 Mei menentang Melaka United, selepas kunjungan ke Kota Kinabalu untuk berhadapan Sabah FC pada hujung minggu ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN