Situasi di Sunderland cukup membimbangkan ketika ini.
Sejak dari Premier League musim lalu, kelab tersebut mengalami tanda-tanda masalah yang cukup serius di dalam serta luar padang.
Terbaru, seorang pemain Sunderland mengancam untuk pukul penyokong beliau sendiri!
Pemain Sunderland, Darron Gibson dikatakan mahu memukul penyokong beliau sendiri dalam sebuah rakaman baru-baru ini.
Beliau yang juga bekas pemain Manchester United itu dikatakan sedang mabuk ketika berkata sedemikian.
Perkara ini berlaku selepas Sunderland tewas 5-0 di tangan Celtic pada aksi perlawanan persahabatan semalam.
Gibson mengancam untuk memukul penyokongnya sendiri itu selepas beliau pada mulanya memaki hamun para pemain di kelabnya.
Bagi beliau, kebanyakan pemain kini sudah tawar hati dan tidak mahu bermain untuk pasukan itu lagi.
“Sunderland adalah kelab yang s***!”
“Terlalu ramai orang yang sudah tidak kisahkan lagi apa yang nak jadi di kelab ini kerana mereka semua adalah s***.”
Dengan berkata sedemikian, beliau juga ada berkata beliau masih lagi bermain untuk kelab itu.
“Saya mungkin telah memalukan diri saya sendiri, tetapi saya masih lagi mahu bermain untuk Sunderland.”
Gibson juga mendedahkan yang ada beberapa pemain yang tidak mahu lagi bermain untuk kelab itu. Antaranya adalah Wahbi Khazri dan juga Jermaine Lens.
“Sekarang beritahu saya, siapa yang tak mahu lagi bermain untuk kelab?”, tanya Gibson kepada peminat.
“Lamine Kone?”, kata peminat itu.
“Ya benar, lagi siapa?” Balas Gibson.
“Wahbi Khazri?”
“Ya, lagi?”
“Jermain Lens?”
Selepas itu, Gibson terus mencabar untuk memukul peminat tersebut.
“Aku tumbuk muka kau nanti!”
Situasi itu telah menarik perhatian kelab dan Gibson dijangka bakal dipanggil oleh kelab itu untuk memberi penjelasan.
Pengurus kelab Simon Grayson dijangka akan berikan sepatah dua kata kepada pemain itu.
Sumber:
- Daily Mail (2017): Sunderland’s Darron Gibson threatens to hit fan in foul-mouthed rant as he says: ‘There are too many at the club who don’t give a ****’ http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4743964/Sunderland-shit-Darron-Gibson-blasts-team.html#ixzz4oNy8bE4T