Darren Ferguson Didenda FA England Kerana Mulut Lancangnya Mengecam Pengadil

Darren Ferguson

Setiap anak lelaki pasti akan mempunyai sedikit perwatakan bapanya. Termasuklah Darren Ferguson yang merupakan anak lelaki Sir Alex Ferguson ini.

Darren Ferguson ini jarang kisahnya didedahkan pada umum. Walaupun beliau juga memenangi banyak trofi untuk kelabnya.

Tetapi kisah berikut seolah-olah skrip ulangan yang dialami bapanya.

Komen pedas

Like father, like son. Sumber: Doncaster Free Press.

Darren kini menguruskan kelab Doncaster Rovers dalam saingan EFL League Two. Kejadian ini berlaku apabila Doncaster bertemu Plymouth Argyle pada minggu lepas.

Pemain Doncaster, James Coppinger dijatuhkan dalam kotak penalti sewaktu masa kecederaan perlawanan. Pengadil perlawanan menolak rayuan pemain Doncaster untuk mendapatkan penalti.

Kedudukan perlawanan berkesudahan Doncaster seri 1-1 menentang Plymouth Argyle. Meskipun seri, Darren Ferguson mengamuk kerana pengadil menafikan hak untuk mendapatkan penalti.

Malah, sewaktu temuramah selepas perlawanan, beliau mengatakan beliau amat kecewa dengan kecergasan pengadil walaupun mereka hanyalah pengadil bukan sepenuh masa.

Pernah dengar ayat sebegini? Ya, mirip ayat bapanya yang pernah mengecam pengadil, Alan Wiley pada tahun 2009 berikutan isu kecergasan. Tambah Darren sendiri, satu idea yang baik sekiranya saya menembak mereka!

Denda?

Kerana perkataan ‘menembak’ itulah beliau dikenakan tindakan oleh FA England. Badan induk bola sepak itu telah meminta Darren memberikan keterangan balas.

Semasa berita ini ditulis, masih lagi belum apa-apa tindakan dikenakan terhadap anak Sir Alex ini.

Kejayaan

Darren di zaman kegemilangan beliau.

Meskipun anak kepada pengurus termasyhur, beliau mempunyai reputasi sendiri. Beberapa kali kelab di bawah kendaliannya menaiki divisyen.

Peterborough United pernah dua kali naik pangkat di bawah tunjuk ajarnya. Selain itu, Doncaster Rovers baru saja dipromosi pada musim lalu dari EFL League Two.

Tetapi, kejayaan itu tidaklah menjadikan pengurusan Manchester United berminat untuk menjadikannya pengurus di masa hadapan.

Leave a Reply

Bacaan Yang Disyorkan Untuk Anda