Daripada Scouting Ke Majlis Pengumuman, Bagaimana Perpindahan Pemain Dilakukan?

Jendela perpindahan adalah masa untuk pemain pergi dan masuk. Segala urusan perpindahan pemain harus dilakukan berdasarkan prosedur yang ditetapkan. Kali ini kami kongsikan bagaimana sesuatu perpindahan pemain itu dilakukan.

Pemantauan / The Scouting

Skuad pemantau bakat antara anggota penting dalam jendela perpindahan. Kejayaan mereka membekalkan data dan mengesan bakat yang betul menjadi asas kepada kejayaan mendapatkan pemain terbaik.

Ada pemantau bakat yang dapat memantau pemain yang tidak ternama dan mengelakkan persaingan harga yang tinggi. Itu yang dilakukan Leicester ketika mendapatkan Riyad Mahrez dan N’golo Kante.

Semua data ini diberikan kepada bahagian pengambilan pemain untuk dikongsikan dengan pengurus pasukan. Mereka memantau bakat atas arahan ketua pemantau ataupun pengurus pasukan.

Mereka adalah orang yang paling banyak hidup di dalam kereta dengan berbekalkan minuman dalam tin dan roti.

Seorang pemantau bakat perlu menyediakan laporan sekitar 50 muka surat untuk 10-12 pemain sasaran utama kelab mereka.

Laporan untuk sasaran utama ini sangat teliti dan ia selepas saringan daripada kira-kira 5,000 laporan lagi untuk kira-kira 1,000 pemain yang berada dalam data pemain sasaran mereka.

Ianya kerja yang jauh lebih sukar daripada apa yang digambarkan dalam Football Manager. Seorang pemantau bakat perlu mendapatkan banyak data tambahan selain daripada potensi dan statistik permainan.

Harry Redknapp meletakkan aspek meraikan gol dalam senarai semak pemantau bakat beliau ketika di Tottenham Hotspur. Seterusnya, cara pemain menerima arahan jurulatih sama ada ketika perlawanan ataupun ketika memanas badan.

Pemantau Bakat MK Dons, Karl Robinson berkata:

“Anda bukan seorang pemantau bakat yang bagus jika anda hanya menonton 10 perlawanan dan anda boleh sediakan laporan tentang seorang pemain itu. Saya berani jamin.”

Ketua pemantau bakat, akan dibantu oleh ramai pemantau bakat yang dilantik dan terlatih. Mereka harus tahu kehendak pasukan ataupun pengurus.

Karl menambah lagi:

“Beribu batu perjalanan, beribu-ribu perlawanan, beribu nama lagi tidak menepati kriteria, laporan itu akan dibakulsampahkan begitu sahaja. Setiap laporan itu menelan kos yang tinggi. Jadi, ini bukan kerja mudah.”

Walaupun ada bantuan pengkalan data seperti Prozone, WyScout, Scout7, DataScout, dan juga Football Manager, namun ada beberapa kerja yang tidak boleh dilakukan hanya dengan komputer.

Mereka harus pergi menyaksikan perlawanan dan melihat cara pemain bermain, cara berlari, cara bekerja dalam pasukan dan banyak lagi.

Gary Neville pernah berkata, seorang pemantau bakat tidak boleh hanya menonton TV sahaja. Kerana mereka tidak akan melihat pemain yang mereka mahukan sepanjang 90 minit.

Mereka hanya boleh berbuat demikian sekiranya ada melanggan pakej kamera dengan pandangan mata burung (bird-eye view).

Ejen Pemain

Mereka adalah perantara di antara pemain dengan mana-mana pasukan. Mereka dalah orang yang paling dekat dengan pemantau bakat.

Selepas memantau pemain, pemantau bakat akan cuba menghubungi ejen mereka bertanyakan segala maklumat termasuk kontrak pemain dengan pasukan semasa. Gaji yang pemain dapat dan potensi gaji yang dikehendaki.

Aspek lain yang ditanya termasuk, apa yang pemain mahukan? Dan apa maklumat keluarga mereka. Ada juga yang bertanya maklumat tentang masalah mental pemain jika ada.

Dalam era moden, ejen juga akan membekalkan maklumat termasuk nilai komersial pemain.

Perkara ini akan dibentangkan kepada pengurus pasukan supaya mereka tahu perkembangan semasa pemain.

Urusan untuk berbincang dengan pemain dan wakil pemain untuk mendapatkan khdimat pemain adalah di tangan bahagian pengambilan pemain (recruitment) ataupun pengurus.

Mereka yang akan menghubungi kelab semasa pemain untuk bercakap dengan pemain ataupun wajil mereka untuk pemain yang masih ada kontrak, jika ejen bebas barulah mereka berhubung terus dengan ejen pemain.

Biasanya, ada 2 jenis pasukan iaitu pasukan pembeli dan pasukan penjual. Pasukan pembeli akan cuba sedaya upaya untuk membeli pemain yang mereka mahukan.

Biasanya, pasukan yang serius akan melakukan bidaan tidak kurang daripada 4 kali walaupun sudah ditolak. Biasanya yang ke-4 adalah bidaan terakhir.

Untuk yang sudah buntu mencari pemain kerana semua sasaran utama sudah dikebas orang ataupun kelab tak mampu membayar permintaan pemain, pemantau bakat di England biasanya akan meminta maklumat daripada FA England tentang pemain yang tiada kelab.

Biasanya dalam satu perpindahan pemain, ada 4,000 pemain yang tiada kelab daripada semua bahagian di England. Laporan ini biasanya boleh dapat pada April setiap tahun.

Ini juga masa untuk ejen menawarkan diri menjadi ejen pemain bagi yang sudah tiada ejen.

Terma peribadi dan klausa

Selepas segala persetujuan dicapai dengan kelab ataupun pemain, fasa seterusnya adalah klausa dan pengesahan pemain.

Walaupun terma peribadi sudah dipersetujui, masih ada perkara yang menjadi halangan utama ketika ini iaitu klausa perlepasan.

Setiap pemain pada hari ini mahu dimasukkan klausa perlepasan. Semakin sedikit klausa perlepasan semakin tinggi gaji dan pakej peribadi untuk pemain tersebut.

Kelab biasanya tidak mahu memasukkan klausa perlepasan ini, tetapi ada juga yang meletakkan klausa perlepasa yang 300% lebih daripada nilai semasa pemain.

Namun klausa perlepasan ini adalah pengaktifan untuk pemain pergi secara terus tanpa perlu bertanya kelab menerima atau tak bidaan itu.

Tetapi kelab masih boleh menjual pemain pada harga lebih rendah. Pedro ada klausa perlepasa £135 juta ketika di Barcelona. Namun Chelsea masih boleh memiliki pemain itu dengan nilai £22 juta.

Klausa perlepasan ini boleh menjadi perisai untuk kelab mempertahankan pemain mereka ataupun seperti ‘check-mate’ kepada kelab yang terpaksa kehilangan pemain.

Selepas kes Neymar yang dibeli oleh PSG menerusi klausa perlepasan, ramai mulai melihat klausa perlepasan ini sebenarnya boleh di’buli’ oleh kelab sekaya PSG.

Real Madrid terus meletakkan klausa perlepasan yang luar biasa dalam kontrak baru pemain mereka. Liverpool memiliki kuasa penuh untuk meletakkan harga Coutinho yang tiada klausa perlepasan.

LONDON, ENGLAND – AUGUST 06: (THE SUN OUT, THE SUN ON SUNDAY OUT) Philippe Coutinho and Jordan Henderson of Liverpool chat with Luis Suarez of Barcelona before the International Champions Cup match between Liverpool and Barcelona at Wembley Stadium on August 6, 2016 in London, England. (Photo by John Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Fasa terma peribadi ini terletak di tangan pemain, sama ada mereka menerima ataupun tidak.

Medikal

Ujian medikal adalah antara fasa terkahir sebelum pemain diumumkan. Loic Remy hampir pasti menjadi milik Liverpool pada 2014. Harry Redknapp tidak percaya dengan laporan doktor di Liverpool.

Brendan Rodgers juga mahukan kepastian, adakah doktor telah membuat pemeriksaan yang tepat kerana pengurus bukan ahli dalam perubatan sukan.

Tidak lama selepas itu, Remy menyertai Chelsea dan ternyata Liverpool melakukan perkara yang betul untuk mendengar apa kata doktor mereka ketika itu.

Laporan medikal ini perlu dilampirkan dalam borang pendaftaran pemain. Dalam kes Leicester City pada pra-musim lalu mereka lewat 14 saat sahaja menghantar laporan ke FA England. Pendaftaran Adrien Silva tetap dikira tak sah.

Pengumuman

Selepas segala terma peribadi diperstujui di antara kelab dan pemain, barulah boleh diumumkan kepada umum.

Biasanya pemain akan dipersembahkan dalam satu sidang media khas untuk bercakap kepada media.

Bagi pemain yang menyertai pasukan pada deadline day, pengumuman akan dibuat awal tetapi pemain akan dipersembahkan kepada umum dalam satu majlis khas beberapa hari selepas itu.

Biasanya dalam majlis itu, pengurus akan mengalu-alukan pemain baru mereka dengan mengumumkan beberapa perkara asas termasuk durasi kontrak pemain.

Media akan berhubung dengan pihak setiausaha kelab untuk maklumat gaji dan kluasa yang lain untuk dihebahkan di dalam berita mereka.

Biasanya, mereka tak berahsia untuk perkara ini, kecuali ada klausa yang terlalu peribadi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN