Daripada Misteri Nama En. Jimmy Kepada Status Hero Peminat

Bola sepak di era moden boleh menjadi sangat kompleks. Jika ditanya siapakah Jimmy Floyd Hasselbaink, anda mungkin mendapat pelbagai jenis jawapan berbeza.

Beliau antara pemain dalam senarai pemain kesayangan peminat ataupun cult hero dalam bola sepak di mana sahaja dia berada terutama sekali untuk pasukan Chelsea, Leeds dan Middlesbrough.

Misteri sebuah nama

Ramai wartawan di England awalnya tak tahu cara memanggi nama beliau. Disebabkan nama beliau tidak ada Jimmy tetapi kenapa orang memanggilnya Jimmy?

Ramai yang memanggilnya Mr. Jimmy / Encik Jimmy ataupun Encik Hasselbaink. Sedangkan nama sebenar beliau adalah Jerrel Floyd Hasselbaink. Dari mana datangnya Jimmy?

Menjelaskan kepada wartawan Four Four Two, beliau berkata:

(Photo by Pete Norton/Getty Images)

“Floyd adalah nama kedua saya yang sebenar. Jimmy adalah nama panggilan saya ketika saya berpindah ke Portugal dari Belanda pada 1995.”

“Ketika itu pengerusi kelab lebih suka memanggil saya Jimmy berbanding Jerrel.”

“Seterusnya nama itu terus melekat pada diri saya sehinggalah saya berpindah ke England, ianya terus kekal menjadi Jimmy Hasselbaink.”

Apa yang pasti Encik Jimmy ini seorang yang sangat tenang di dalam kotak penalti dan tidak tergesa-gesa.

Legenda Leeds dan Chelsea

Ada yang akan menggelar beliau sebagai legenda Chelsea dan Leeds United. Namun bagi peminat Chelsea sebelum kelab itu kaya raya mengejut, nama Jimmy Floyd Hasselbaink adalah pujaan peminat kerana kualiti beliau.

Sebab itulah beliau adalah cult hero, walaupun banyak kelab lebih besar ketika mahukan beliau dia tetap bersama dengan Chelsea.

Aada yang melabel Hasselbaink sebagai No.9 sejati. Atau mungkin ada yang melabel pemain ini sebagai seorang poacher yang digeruni.

Apa pun gelaran taktikal di atas padang, ada dua perkara yang kekal konstan mengenai Jimmy Floyd Hasselbaink.

Pertama, beliau adalah seorang penyerang sejati yang mampu menjaringkan berdozen-dozen gol, dan kedua, Hasselbaink dikenali sebagai individu yang tidak pernah lari dari kontroversi.

Karier awal

Tahun kedua menetap di Zaandam setelah dibawa berhijrah oleh ibunya ketika masih kanak-kanak, Hasselbaink mulai menyertai pasukan remaja Gestaagt Volharding Overwint sebagai penjaga gol.

Hasselbaink kemudian menyertai Zaansche Football Club dan kemudiannya Zaanlandia sebagai pemain sayap kanan.

Zaandam pada hari ini.

Selepas pernah ditahan dan dimasukkan ke pusat pemulihan akibat terlibat dengan rompakan berkumpulan, Hasselbaink kemudiannya menyertai DWS selepas dibebaskan.

Namun beliau dibuang oleh kelab tersebut selepas didapati bersalah mencuri jam tangan pemain skuad utama.

Karier di peringkat senior Hasselbaink bermula bersama Telstar. Tetapi di peringkat ini, pemain ini sering terpalit dengan masalah disiplin apabila sering lewat menghadiri latihan.

Penampilan pertama di Eerste Divisie (divisyen dua Belanda) untuk Hasselbaink tiba pada 27 Oktober 1990 bersama Telstar, namun beliau turut dibuang selepas itu kerana tampil lewat untuk pelawanan.

Pendek kata, Hasselbaink melalui pelbagai masalah di peringkat awal karier termasuk di AZ, sebelum gagal di dalam sesi pemilihan bersama FC Eindhoven sebelum membawa diri ke Portugal.

Bagai aur dan tebing

Jimmy Floyd Hasselbaink tiba di Leeds United pada 1997 dengan nilai £2 juta dari kelab Portugal, Boavista.

Sebelum ketibaan Hasselbaink, skuad Leeds kendalian George Graham hanya menjaringkan 28 gol dari 38 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Leeds United Manager George Graham (c) with his two new signings Jimmy Floyd Hasselbaink (l) and Alf Inge Haaland (r) (Photo by Matthew Ashton/EMPICS via Getty Images)

Elland Road mungkin dilihat sebagai bukan destinasi yang tepat untuk pemain yang dianggap bermasalah itu. Tetapi Graham membuktikan beliau mampu memenuhi potensi di dalam diri Hasselbaink.

Jaringan di penampilan pertama dalam perlawanan menentang Arsenal adalah permulaan yang baik buat Hasselbaink bersama Leeds.

Tetapi Hasselbaink harus menunggu sehingga November 1997 untuk jaringan berikutnya, sebelum menjaringkan keseluruhan lima gol menjelang Krismas tahun yang sama.

Mandatory Credit: Alex Livesey /Allsport

Seperti baru mulai mendapat rentak yang diperlukan, Hasselbaink menjaringkan 22 gol untuk Leeds dalam semua pertandingan, sekaligus membantu kelab itu mengakhiri musim tersebut di tangga kelima dan layak ke pusingan kelayakan Piala UEFA.

“Pada peringkat awal karier, saya memerlukan seseorang yang boleh berkeras dan tegas dengan saya. George [Graham] ialah jurulatih yang keras dan tegas terhadap saya.

Leeds United manager George Graham makes his return to his old club, Arsenal (Photo by Laurence Griffiths/EMPICS via Getty Images)

“Beliau tidak selalu adil. Tetapi beliau membuatkan saya sedar bahawa saya perlu bermain dengan baik di dalam perlawanan,” ujar Hasselbaink kepada The Independent dalam satu temuramah pada 2005.

“Saya yakin kerana beliaulah kami mampu beraksi baik sebagai sebuah pasukan. Hanya selepas anda pergi berlatih di bawah kendalian jurulatih lain, baharu anda akan sedar apa yang dikatakan oleh George itu adalah benar,” tambah beliau lagi mengulas mengenai bekas jurulatih beliau itu.

Selamat tinggal Leeds United

Walaupun pada musim berikutnya Graham pergi untuk menyertai Tottenham, Hasselbaink meneruskan ketajaman di hadapan gawang lawan dengan menjadikan pasukan seperti Liverpool dan Manchester United sebagai mangsa.

Musim 1998/99 Leeds menduduki tangga ke-4, dan Hasselbaink turut berkongsi kasut emas dengan Michael Owen (Liverpool) dan Dwight Yorke (Manchester United) pada musim tersebut.

(Photo by Neal Simpson/EMPICS via Getty Images)

Selepas itu hubungan Leeds dan Hasselbaink bertukar masam. Pemain itu yang dibayar £20,000 seminggu menuntut agar jumlah itu digandakan.

David O’Leary yang mengambil alih jawatan pengurus dari George Graham bersama pengerusi kelab Peter Risdale, menentang usaha itu walaupun akhirnya terpaksa tunduk dengan permintaan Hasselbaink.

Soccer Leeds v Arsenal : Leed’s Jimmy Floyd Hasselbaink seems to have the opposition licked after scoring the equalising goal at Elland Road today (Saturday). PA Photos. (Photo by PA Images via Getty Images)

O’Leary secara terbuka mengkritik mentaliti pemain tersebut sebagai tamak, dan turut menyalahkan asal usul Hasselbaink dari Belanda yang sentiasa mahu mendapatkan perkara yang mereka tidak wajar perolehi.

Musim serba tidak menjadi di Sepanyol

Akhirnya Hasselbaink dilepaskan ke Atletico Madrid di bawah kendalian Claudio Raneiri pada 1999. Pada ketika itu Haseselbaink dikenali sebagai ‘Jimmy Floyd Piggybank’ oleh segelintir penyokong Leeds.

Pengalaman di Sepanyol tidak seperti yang diharapkan. Berkelana di Madrid, Hasselbaink dan Atletico gagal kekal di La Liga dan tewas dalam perlawanan akhir Copa del Rey.

Ankaragucu’s Mbele Koung (right) slide tackles Atletico Madrid’s Jimmy Floyd Hasselbaink (left) (Photo by David Rawcliffe/EMPICS via Getty Images)

Walaupun menjaringkan 33 gol dalam semua pertandingan di Sepanyol termasuk dua gol ketika membantu Atletico mencipta sejarah di dalam tempoh 9 tahun menewaskan Real Madrid 3-1, Hasselbaink tetap meneruskan niat beliau untuk berhijrah.

Chelsea akhirnya memecahkan rekod perpindahan British pada ketika itu untuk membawa Hasselbaink kembali ke England dengan nilai £15 juta.

Atletico Madrid’s Jimmy Floyd Hasselbaink is consoled by his teammates as he leaves the field after his team’s defeat by Espanyol (Photo by Adam Davy/EMPICS via Getty Images)

Bangkit gemilang di Stamford Bridge

Selepas Chelsea gagal dengan eksperimen Chris Sutton pada musim sebelumnya, pembelian Hasselbaink dianggap sebagai berisiko.

Walaupun Gianluca Vialli dipecat ketika kempen musim 2000/01 baru berusia sebulan, Hasselbaink sebaliknya mencipta nama buat dirinya di Stamford Bridge.

(Photo by Matthew Fearn – PA Images/PA Images via Getty Images)

Gol sulung Hasselbaink untuk Chelsea ialah melalui penampilan pertama bersama The Blues dalam perlawanan Charity Shield menentang Manchester United.

Kemudian Ranieri diumumkan mengambil alih tempat Vialli sebagai pengurus.

16 Sep 2001: Jimmy Floyd Hasselbaink of Chelsea celebrates his goal with his manager Claudio Ranieri during the FA Barclaycard Premiership match against Tottenham Hotspur played at White Hart Lane, in London. Chelsea won the match 3-2. Mandatory Credit: Clive Brunskill /Allsport

Kembali bergandingan dengan jurulatih dari Itali itu, Hasselbaink menampilkan konsistensi di hadapan gawang sehingga memenangi gelaran kasut emas dengan 23 gol pada musim tersebut.

Kontroversi di ‘The Bridge’

Hasselbaink bukan individu yang tidak pernah dari kontroversi. Musim pertama di Stamford Bridge, Hasselbaink sudah mempunyai masalah dengan pemain pertahanan, Emerson Thome yang kemudiannya dijual ke Sunderland.

Musim yang sama, Hasselbaink berhadapan masalah dengan rakan sepasukan Christian Panucci ketika Chelsea tewas kepada Leicester, sehingga memaksa Winston Bogarde campur tangan sebelum insiden yang lebih berat berlaku ketika perlawanan.

Mandatory Credit: Ben Radford /Allsport

Musim berikutnya beliau dilaporkan bergaduh dengan jurulatih kecergasan, Roberto Sassi di padang latihan sehingga mengundang campur tangan Ranieri.

Dua musim berikutnya bukanlah musim yang produktif buat Hasselbaink dari segi jumlah jaringan. Namun Chelsea masih mampu kekal bersaing dan menamatkan saingan di kedudukan kedua dan kemudiannya di kedudukan keempat.

(Photo by Nick Potts/EMPICS via Getty Images)

Chelsea dan Hasselbaink turut mara ke separuh akhir UEFA Champions League selepas mengecewakan pasukan ‘invicibles’ Arsenal di peringkat suku akhir di hadapan puluhan ribu penyokong lawan di Highbury pada 2004.

Gandingan Hasselbaink-Gudjohnsen

Secara keseluruhan, Hasselbaink hanya berjaya mencetak 15 gol pada musim 2002/03 dan 18 gol pada 2003/04.

Pada masa ini, jentera serangan Chelsea dikenali dengan gandingan Hasselbaink bersama Eidur Gudjohnsen.

(Photo by John Giles – PA Images/PA Images via Getty Images)

Kedua-dua pemain bergandingan dengan baik di atas padang, dan menjadi sahabat baik juga di luar padang.

Hasselbaink sendiri pernah mengaku beliau pernah mengalami kerugian sebanyak £100,000 apabila berjudi di sebuah kasino bersama Gudjohnsen.

Era Roman Abramovich

Ketika Roman Abramovich mengambil alih Chelsea pada 2003, kelab London itu diperkuatkan dengan dana besar untuk membawa pemain baru.

Hernan Crespo dan Adrian Mutu adalah dua penyerang awal yang tiba dari Serie A untuk mengejar cita-cita jutawan Rusia itu.

Chelsea’s Hernan Crespo celebrates his goal with Adrian Mutu (Photo by Adam Davy/EMPICS via Getty Images)

Ranieri menyamakan kehebatan dua pemain itu seperti ikan jerung. Tetapi prestasi Hasselbaink yang dianggap sebagai pemangsa sebenar mendapat pujian dari pengurus tersebut.

Posisi Ranieri kemudiannya diganti oleh Jose Mourinho pada musim panas berikutnya.

Hasselbaink turut membawa diri ke Middlesbrough untuk kembali bergandingan dengan Mark Viduka- rakan seperjuangan ketika kedua-duanya beraksi bersama Leeds.

EINDHOVEN, NETHERLANDS – MAY 10: Mark Viduka of Middlesbrough FC (R) and his team mate Jimmy Floyd Hasselbaink react after they lost the UEFA Cup final against Sevilla FC on May 10, 2006 at the PSV Stadion in Eindhoven, Netherlands. Sevilla FC won 4-0. (Photo by Ben Radford/Getty Images)

Hasselbaink dan Viduka berjaya membawa Middlesbrough ke perlawanan akhir Piala UEFA sebelum dikecewakan 4-0 oleh Sevilla.

Hasselbaink kemudiannya menyertai Charlton sebelum karier profesional beliau berakhir bersama Cardiff City, di mana beliau berjaya membawa pasukan itu ke perlawanan akhir Piala FA pada 2008.

Penutup

Hasselbaink menamatkan karier sebagai pemain di peringkat kelab dengan merekodkan 250 gol keseluruhan.

Namun demikian Hasselbaink hanya memiliki Piala Portugal dan Charity Shield di kabinet trofi peribadi beliau untuk dipamerkan, walaupun karier beliau lebih diingati di Leeds dan Chelsea.

Menjawab persoalan jenis atau baka penyerang Hasselbaink sepertimana pada permulaan artikel, ianya sebenarnya mudah.

Menjaringkan gol dengan pelbagai kaedah melalui kaki kanan, kaki kiri, dari dalam atau luar kotak penalti, bola lambung, cip yang mengelirukan, voli, sekadar tap-in, sepakan penalti, sepakan percuma, lencongan bola, atau rembatan kencang persis roket.

Dan jika penjelasan di atas tidak mencukupi, bagaimana dengan penjelasan seterusnya?

Gol dijaringkan secara berpasukan, gol individu yang tamak, gol nasib, gol offside dan beberapa gol sendiri sepanjang karier.

Jimmy Floyd Hasselbaink ialah baka No.9 yang membuatkan mana-mana pertahanan lawan gerun di era kegemilangannya.

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN