Daripada Dunia Bola Sepak Profesional, Asraruddin Penuhi Impian Untuk Berhijrah Ke Mekah

Mana-mana penyokong setia bola sepak tempatan pastinya masih ingat akan kehebatan bekas pertahanan kebangsaan iaitu Asraruddin Putra Omar yang suatu kerika begitu cemerlang bersama kelab serta negara.

Sejak beberapa tahun ini, nama pertahanan kental tersebut sepi dalam arena bola sepak tanah air selepas beliau bersara daripada sukan berkenaan dengan Penang menjadi pasukan terakhir diwakili Asraruddin pada tahun 2017 menerusi Transfermarkt.

Laporan terbaharu ketika ini menyatakan Asraruddin sudah pun berhijrah ke Mekah dan sudah pun menetap di sana kerana ia merupakan impian Asraruddin sendiri selama ini.

Jelas Asraruddin, penghijrahan ini dibuat beliau kerana atas kehendak sendiri yang ingin terus mendalami ilmu agama serta mencari ketenangan hidup selepas bersara daripada duni bola sepak profesional.

Bekas pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu juga menyatakan segalanya bermula selepas kecederaan dialami pemain tersebut ketika masih bersama Harimau Selatan.

“Saya dah cuba untuk bermain tapi tidak boleh kerana kecederaan lutut kiri ini tidak boleh kena ‘impact’ berterusan ketika perlawanan. Mungkin itu perancangan terbaik ALLAH untuk saya.

“Pada mulanya saya agak terkejut kerana semua orang tahu pendapatan di JDT memang lumayan dan selepas alami kecederaan saya hilang pendapatan dan tidak boleh berlari seperti biasa,”katanya menerusi Sinar Harian.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Selepas itu, detik perubahan besar berlaku dalam hidup Asraruddin setelah bertemu seorang sahabat yang menguruskan agensi pelancongan untuk menjadi rakan bisnes bersama beliau di Kota Mekah.

“Oleh kerana saya berminat untuk menjadi ‘sleeping partner’ bisnes dalam agensi pelancongan itu, kehadiran ke bumi Makkah buat pertama kali pun saya tinggal kira-kira sebulan.

“Kemudian kali kedua saya tinggal lebih lama, berpuasa dan sambut raya kerana berada di sini amat seronok – satu perasaan yang sudah lama saya idamkan

“Saya dapat berjumpa dengan rakyat Malaysia yang tinggal Bukit Ajyad ini dan mereka membantu saya untuk menyewa rumah di sini,”katanya.

Ketika ini, isteri pemain tersebut turut dilaporkan bertugas di sana sebagai seorang jururawat di Hospital King Abdulaziz yang bertempat di Jeddah.

Berita tentang Asraruddin ini turut mendapat maklum balas daripada bekas pengurus Selangor yang sempat bekerjasama dengan pemain tersebut suatu ketika iaitu Zack Rahim.

Jelas Zack, bekas pemain tersebut merupakan seseorang yang mempunyai peribadi terpuji selain mengetuai bacaan doa sebelum perlawanan berlangsung.

“Asrar yang saya kenali, antara salah seorang pemain yang akan saya minta membacakan doa di bilik persalinan sebelum memasuki padang.

“Keutamaan akan diberikan pada dia utk bacakan doa. Seorang pemain yang baik, tinggi disiplinnya, sentiasa menghormati semua orang samada lebih muda dari dia apa lagi yang lebih tua.

“Bahasanya lemah lembut selalu. Gembira dengar beliau tamatkan karier bola pro nya dengan berhijrah ke suatu tempat yang boleh membawa dirinya dan keluarganya sentiasa mendekati kepada Allah dan membantu para jemaah disana.

“Semoga Asrar bahagia, dimurahkan rezeki dan sentiasa sihat. Harap sgt dapat bertemu dgnnya kalau ada rezeki saya kesana nanti,” kata Zack di Facebook.

Sumber:
Sinar Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN