Daripada Akademi Lipis Spartan, Bakat Akid Bakal Diasah Bersama JDT

‘Usaha tak pernah mengkhianati hasil’, mungkin itu adalah pepatah yang sesuai diungkapkan buat anak muda yang bernama Akid Bin Ridza Azrulniza, selepas dirinya kini sah menyertai Akademi Johor Darul Ta’zim (JDT).

Seperti diketahui ramai, Akademi JDT merupakan antara paling berpengaruh serta serba lengkap dalam melahirkan bakat-bakat muda berkualiti dari seluruh negeri.

Bawah kelolaan Diego Griffa, Akademi JDT telah memperkenalkan ramai bakat-bakat berkualiti selain membawa para bintang muda beraksi dalam banyak kejohanan dalam serta luar negara.

Selain itu, akademi yang berpangkalan di Johor itu juga turut menghantar pemantau mengesan bakat-bakat muda berkualiti di seluruh Malaysia untuk dibawa menyertai mereka.

Terbaharu, anak jati Tempoyang, Kuala Lipis, Pahang iaitu Akid menjadi rekrut terbaharu mereka dengan tunas muda berusia 10 tahun itu sah menyertai Akademi JDT.

Bermula sebagai pemain untuk SK Clifford, bakat Akid dikembangkan selepas itu bersama Akademi Lipis Spartan sebelum kini beliau membuka lembaran baharu untuk JDT.

Akid ketika dalam kejohanan dalaman Liga Tunas SK Clifford 2023 pada usia 9 tahun

Menurut Mohammad Safwan bin Norazami selaku jurulatih Lipis Spartan, bakat Akid hadir atas usaha bapa tunas muda itu sendiri yang gigih memupuk minat beliau sejak berusia 3 tahun.

“Sebenarnya kemenjadian pemain ini datangnya dari kegigihan ayahnya sendiri yang sentiasa memupuk minat adik Akid dari kecil seawal 3 tahun. Jadi adik Akid ini mempunyai asas yang kuat.

“Selepas itu, dia bersekolah di SK Clifford dan aku mula tarik dia main liga tunas SK Clifford bawah 10 tahun. Kejohanan dalaman yang memfokuskan pemain bawah 10 tahun. Pada masa tu dia baru darjah 2.

“Pada tahun 2022 Akademi Lipis Spartan ditubuhkan. Yang diasaskan oleh Cikgu Zaini, Cikgu Fariq, Cikgu Syukur, Cikgu Shariff, Cikgu Yo dan saya sendiri.

“Akid telah menyertai Akademi tersebut. Di Akademi Spartan dengan latihan yang teratur dan bersistematik oleh jurulatih. Bakat Akid diasah sebaik mungkin dan sentiasa dikembangkan mengikut kesesuaian umur dan fizikalnya,” jelas Safwan kepada Semuanya BOLA.

Sebelum menyertai Akademi JDT, Akid sebenarnya telah memperoleh pelbagai kejayaan pada usia masih muda seperti Johan BKFA Grassroot U10 di Bentong 2022, Johan Kejohanan Bola Sepak Zon Bandar bawah 12 tahun 2023, Johan Kejohanan Bola Sepak U12 Zon Bandar 2024 dan beberapa lagi.

“20 Januari 2024, pihak JDT ada hubungi pihak akademi Lipis Spartan untuk buat JDT Talent ID. Jadi pihak JDT telah mengenalpasti bakat Akid ini dari program itu.

“Seterusnya Akid menyertai pemilihan akhir di JDT beberapa kali. Akhirnya kontrak ditawarkan kepada adik Akid,” tambah Safwan lagi.

Selaku salah seorang jurulatih buat pembangunan Akid, Safwan turut memberi beberapa nasihat kepada anak muda tersebut dalam usaha menjadi pemain profesional pada masa hadapan.

 

Safwan bersama Akid dan tunas muda lain ketika menjuarai kejohanan Bola Sepak MSS U12 Bandar Lipis 2023

“Harapan saya kepada dia selaku guru ,jurulatih sekolah dan akademi tak banyak. Jalan terus dan jangan menoleh lagi.

“Mental,fizikal dan hati kena kuat. Kekalkan sifat merendah diri. Kejar impian yang telah lama diimpikan tu. Perjalanan sangat jauh lagi. Banyak lagi rintangan dan halangan yang perlu ditempuh,” ujar beliau akhir sekali bersama rasa terharu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN