Dihantui Kecederaan Serius, Dortmund Bantu Pemain Muda Mereka Biaya Pengajian Universiti

Adalah menjadi impian bagi kebanyakan dari kita untuk terus bermain bola sepak selama mana yang dimahukan.

Tetapi, ada yang bernasib kurang baik. Di usia muda sudah pun dihantui kecederaan serius ketika bermain.

Itu yang terjadi kepada Dario Scuderi – pemain remaja Borussia Dortmund.

Beliau merupakan antara prospek muda kelab tersebut, namun begitu nasib malang menimpa beliau.

Semuanya bermula pada September tahun lalu di mana Scuderi menerima kecederaan yang sangat serius ketika aksi UEFA Youth League menentang Legia Warsaw.

Akibat daripada insiden tersebut, beliau menerima koyakan yang berganda di bahagian cruciate ligament dan juga lateral ligament serta meniscus beliau juga turut rosak.

Pihak doktor mengatakan yang Scuderi hampir pasti tidak dapat bermain lagi secara profesional dan beliau terpaksa bersara kerana itu.

Oleh itu, Scuderi membuat keputusan untuk menyambung pelajarannya demi meneruskan hidup. Lalu beliau meminta Borussia Dortmund untuk meminjamkan sejumlah dana pelajaran untuk membiayai pengajiannya.

Namun begitu, pihak Borussia Dortmund memilih untuk menaja pengajian Scuderi sepenuhnya!

Beliau akan menyambung pelajaran dalam jurusan pengajian sukan.

Begitulah kehidupan, selepas mendung pasti akan ada sinar di hadapan.

Sumber:

  1. Bundesliga (2017):Borussia Dortmund to fund injured youth player Dario Scuderi’s studies;
    http://www.bundesliga.com/en/news/Bundesliga/borussia-dortmund-to-fund-injured-youth-player-dario-scuderi-s-studies-456045.jsp

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN