Kejayaan Johor Darul Takzim dalam mengejutkan salah satu pasukan gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai pastinya menjadi perhatian ramai ditambah ini merupakan kemenangan kedua mereka dalam saingan ACL musim 2022 untuk berada di puncak liga Kumpulan I.
Dalam aksi tersebut, JDT terpaksa berhempas pulas sebelum merekodkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Ulsan Hyundai hasil jaringan dua penyerang berbisa mereka iaitu Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri. Manakala pasukan dari Korea Selatan ini hanya memperoleh satu gol menerusi Um Won-sang di separuh masa kedua.
2022 AFC CHAMPIONS LEAGUE
Full Time
ULSAN HYUNDAI FC [1-2] JDT
(Um Won-Sang 53')
(Fernando Forestieri 3' / Bergson da Silva 80')For more: https://t.co/eRpz71MaaZ#UHDvJDT#AFCChampionsLeague#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/SmNld1HiYt
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 18, 2022
Menurut kenyataan Benjamin Mora selaku pengendali utama JDT, beliau nyata sangat terkejut dengan keputusan yang terhasil malam tadi kerana lawan merupakan bekas juara ACL 2020 serta merupakan pendahulu carta K1 League.
Mora menyifatkan kemenangan yang diraih semalam adalah kerana sikap percaya kepada diri sendiri dalam kalangan pemain selain tumpuan penuh dalam perlawanan sehingga boleh menyaingi pasukan lawan dengan sangat baik sehingga wisel penamat dibunyikan.
Tambah beliau, objektif sebenar untuk beraksi tanpa sebarang rasa tekanan juga berhasil apabila para pemain dapat memberi aksi secara konsisten sepanjang 90 minit perlawanan.
“Kami berdepan dengan pasukan lawan yang menguasai 63 peratus permainan tapi kami mampu mengimbangi kekuatan mereka dengan memberi tekanan sepanjang 25 minit perlawanan dan taktik mengajak lawan sentiasa berlari beri kesan apabila mereka tampak keletihan.
“Saya akui secara taktikal permainan dan teknikal, pemain Ulsan Hyundai memiliki segalanya dan kami terpaksa berhempas pulas menyaingi kehebatan mereka yang kerap menggerakkan bola dan menyusun permainan bermula di posisi pertahanan, tengah dan posisi sayap kiri dan kanan.
“Namun di penghujung permainan, kami beraksi dengan baik dan jika kami gagal mengimbangi kekuatan lawan sudah tentu kami tewas pada perlawanan itu tapi saya akui agak sukar untuk mengekalkan taktik permainan yang konsisten,” katanya menerusi Arena Metro.
2022 AFC CHAMPIONS LEAGUE GROUP I STANDINGS
Log on to https://t.co/IDLevtEUu7
*subject to change
Hidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll pic.twitter.com/ZdWuSeODh6
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 18, 2022
Selain itu, pengendali dari Mexico ini juga menjelaskab segala pelan yang dirancang menjadi sehingga pemain lawan sukar untuk memperoleh gol dengan mudah.
Dalam perlawanan tersebut, Mora telah mengarahkan para pemain untuk membuat tekanan terhadap lawan selain tidak membuka sebarang ruang yang bakal dieksploitasi supaya para pemain Ulsan Hyundai tidak mampu mengawal permainan dengan sewenang-wenangnya.
Dalam masa sama, pengendali Ulsan Hyundai iaitu Myong-bo jelas kecewa dengan persembahan yang diberikan oleh para pemainnya sehingga lawan mampu untuk meledak dua gol kemenangan selain kerap memberi ruang buat JDT untuk bergerak lebih bebas memberi ancaman.
Beliau turut menegaskan pada awalnya tiada perancangan dalam pasukan untuk memperlahankan permainan, sebaliknya kesilapan yang dibuat pertahanan memberi ruang buat JDT untuk meledak gol awal perlawanan.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!