‘Daripada Pemenang Piala Dunia Kini Sekadar Back-Up Evans’ – Ini Reaksi Varane Selepas Diketepikan Oleh Ten Hag

Sumber dalaman Manchester United tampil mendedahkan tentang bagaimana reaksi Raphael Varane selepas beliau kerap diketepikan oleh Erik ten Hag pada ketika ini.

Kembali pada tahun 2021 yang lalu, Raphael Varane memutuskan untuk menyertai Manchester United dari Real Madrid dengan yuran perpindahan bernilai £41 juta.

Manchester United sendiri pada ketika itu sememangnya terdesak mahu mendapatkan khidmat Varane kerana mereka ketika itu bergelut di posisi pertahanan.

Sejak dari awal ketibaanya, Varane senantiasa menjadi pilihan utama untuk skuad The Red Devils dan sememangnya khidmat beliau benar-benar ditagih.

Di tambah pula dengan Harry Maguire ketika itu sedang berada di tahap persembahan terburuknya, maka jelas lah khidmat Varane sangat diperlukan.

Walau bagaimanapun, sejak Harry Maguire berjaya untuk mendapatkan semula tahap persembahan terbaiknya, khidmat Varane sepertinya sudah tidak begitu diperlukan lagi.

Erik ten Hag kini lebih kerap menggunakan khidmat Harry Maguire yang sering digandingkan dengan Jonny Evans.

Maguire sendiri sebelum ini sudah hampir untuk meninggalkan kelab dengan jawatan beliau sebagai ketua pasukan turut sudah ditarik balik.

Ramai peminat yang mula bimbang tentang bagaimana perasaan Varane selepas melihat Ten Hag lebih mengutamakan Maguire dan Evans berbanding beliau.

Terbaru, ketika ramai yang tertanya-tanya tentang hal tersebut, salah seorang wakil dari bilik persalinan Man United tampil mendedahkan tentang bagaimana reaksi Varane berkait hal tersebut.

Menurut satu laporan dari The Athletic, sumber terdekat Varane ada menyatakan yang bintang Perancis itu terbuka menerima keputusan pengurusnya itu.

Beliau berlapang dada menerima keputusan tersebut kerana merasakan ia satu kepentingan dari segi perancangan taktikal pengurus.

Laporan sama turut mendedahkan yang Varane percaya masih ada jalan untuk beliau kembali ke skuad utama andai beliau menambah usahanya lagi.

Hal itu sudah dibuktikan oleh Maguire yang berjaya kembali mendapatkan kepercayaan selepas beliau sebelum ini sering diketepikan.

Penyokong Manchester United jelas sekali boleh menarik nafas lega selepas mendengar hal tersebut, kerana rata-rata dari mereka sangat berharap agar bintang Perancis itu tidak kecewa di Old Trafford.

Peminat berharap beliau akan terus kekal bersama kelab dan walau khidmatnya tidak diperlukan di atas padang, namun pengalaman beliau sepertinya sangat berguna untuk dikongsikan kepada pemain-pemain muda skuad.

Selepas tamat aksi kekalahan 4-3 Man United bertemu Copenhagen sebelum ini, legenda kelab, Paul Scholes turut menegaskan yang Ten Hag tidak boleh sentiasa berharap pada Raphael Varane.

Bercakap kepada TNT Sports, Paul Scholes mendedahkan bahawa:

“Saya sebenarnya fikir dia mainkan Maguire dan Evans di posisi centre-half kerana dia fikir mereka berdua adalah ball-playing centre-halves terbaik yang dia ada. Yang mana hal itu sendiri sedikit membimbangkan.”

“Bagaimana boleh dia (Ten Hag) memurtamadkan back four dia? Kita nampak Varane bermain bertemu Galatasaray dan dia ada di mana-mana.”

Scholes kemudiannya menyambung lagi dengan menyatakan:

“Saya fikir di posisi centre-back mana pun dia main, saya rasa mereka perlu main corak counter-attack kerana tidak ada antara mereka yang pantas.”

“Varane dulu memang pantas, tapi sekarang, dia dah kehilangan hal itu sedikit kan? Mereka perlu bergantung pada hal itu sedikit.”

Walau sedang dibelenggu pelbagai masalah pada ketika ini, namun harus diakui yang Man United antara pasukan paling berprestasi dalam saingan Premier League ketika ini.

Skuad kendalian Erik ten Hag itu berjaya mencatatkan empat kemenangan dari lima perlawanan terakhir mereka dalam saingan liga.

Skuad The Red Devils itu kini sedang berada di kedudukan keenam dalam carta saingan liga, dengan mereka lima mata dibelakang Tottenham Hotspur yang sedang menduduki kedudukan keempat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN