Manchester City dikatakan berminat untuk menandatangani Paul Pogba secara percuma pada musim panas ini – yang bakal mencetuskan antara perpindahan paling panas di dalam sejarah bola sepak Liga Inggeris.
Kontrak Pogba bersama Manchester United akan tamat pada bulan hadapan, dan kini pemain itu semakin pasti akan meninggalkan Old Trafford buat kali kedua secara percuma.
Pogba berhijrah ke Juventus pada 2012 tanpa sebarang yuran perpindahan sebelum Manchester United membayar £89 juta untuk mendapatkan semula khidmat pemain itu pada 2016.
Pengganti Fernandinho
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola kini sedang memburu seorang pemain tengah yang versatil untuk mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh Fernandinho.
Fernandinho dilaporkan mahu meninggalkan City selepas 10 tahun di Etihad. Pada usia 36 tahun, Fernandinho mahu kembali ke negara asalnya Brazil selepas kontraknya tamat pada musim panas ini.
😱 | Pep Guardiola is interested in signing Paul Pogba once his deal expires this summer, according to reports.
🤔 | Would he be a good fit for Man City?#MCFC #MUFC pic.twitter.com/0y5KoXBB7U
— Betfred (@Betfred) May 7, 2022
Dan Pogba adalah antara calon yang disenaraikan untuk menggantikan Fernandinho.
Malah Guardiola turut melihat Pogba sebagai pemain yang memiliki profil paling lengkap untuk menggantikan Fernandinho.
Peraturan Bosman jadi penghalang
Di bawah peraturan Bosman, Man City bagaimanapun tidak dibenarkan untuk menawarkan sebarang kontrak kepada Pogba sehingga saingan musim ini tamat.
Perkara itu membuatkan City ketinggalan berbanding kelab di luar Premier League. Di bawah peraturan Bosman pemain hanya dibenarkan melakukan perbincangan bersama kelab lain ketika kontrak berbaki enam bulan.
Manchester City will sign a new midfielder once Haaland saga's over. Paul Pogba has been discussed internally as @MikeKeegan_DM reported – still nothing advanced, PSG also in the race 🔵 #MCFC
Frenkie de Jong, highly rated but expensive.
Scouts have monitored Matheus Nunes too. pic.twitter.com/NLL9t69SYR— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 6, 2022
Bagaimana pun sebarang bentuk perbincangan hanya dibenarkan untuk kelab dari luar negara – dan bukan pesaing di liga yang sama.
Real Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG) adalah antara dua kelab gergasi Eropah yang dikaitkan dengan Pogba setakat ini.
Walaubagaimana pun City diketahui sebagai kelab yang memiliki kekuatan untuk menawarkan kontrak serba mewah untuk meyakinkan Pogba.
Pemain antarabangsa Perancis itu pada ketika ini menerima bayaran £290,000 seminggu di Old Trafford.
Seperti Tevez
Di sebalik semua itu, meyakinkan Pogba untuk terus kekal di Manchester tetapi bertukar ‘warna baju’ daripada merah kepada biru mungkin bakal menjadi penghalang terbesar untuk City.
Ia juga boleh menjadi antara perpindahan yang boeh mencetuskan kontroversi di antara dua kelab setempat yang memiliki sejarah antara perseteruan terbesar di dalam bola sepak Inggeris.
📆 #OnThisDay in 2009
Carlos Tevez joins Man City from Man Utd for £25.5m
He scored 7️⃣3️⃣ goals in 1️⃣4️⃣8️⃣ appearances for City, winning 3️⃣ trophies pic.twitter.com/dnQz5GJ0ly
— GOAL (@goal) July 14, 2020
Menurut laporan, Pogba tidak menolak kemungkinan menyertai City tetapi mahu terlebih dahulu menilai setiap pilihan yang ada sebelum membuat sebarang keputusan.
Perpindahan Carlos Tevez dari Old Trafford ke Etihad pada 2009 masih dianggap sebagai pembelotan terbesar oleh sebahagian penyokong Red Devils.