Dari mana Asal Usul Hatrik Dalam Dunia Bola Sepak?

Tentu saja akan ada peminat yang mempersoalkan dari mana datangnya istilah hatrik dalam dunia boleh sepak dan mungkin saja hingga kini mereka masih belum dapat jawapan sebalik persoalan tersebut.

Istilah hatrik digunakan untuk seorang pemain yang berjaya menjaringkan 3 gol dalam satu perlawanan dan ia juga merupakan satu kebanggaan untuk setiap pemain andai mereka berjaya melakukan hal tersebut.

Walau bagaimanapun, istilah tersebut sebenarnya diambil dari sukan lain dan telah digunakan dalam dunia bola sepak.

Istilah hatrik itu sebenarnya datang dari sukan kriket, dan tentu saja ramai yang terkejut ketika mengetahui asal usul sebenar istilah itu.

Ketika bowler (tukang baling) berjaya menyingkirkan 3 pemukul secara berturut-turut, ia dianggap sebagai hatrik dalam sukan kriket.

BBC pernah mendedahkan tentang fakta tersebut dengan mereka ketika itu menulis:

“Istilah itu datang dari kriket, dan ia digunakan ketika bowler (pembaling) berjaya menyingkirkan 3 pemukul secara berturut-turut. Kelab akan memberi bowler topi sebagai ganjaran atas kejayaan tersebut.”

Tulis kenyataan dari BBC.

Tambahan lagi, menurut kajian dari Oxford English Dictionary, istilah tersebut pertama kali digunakan pada tahun 1858 selepas pemain Inggeris, H.H Stephenson berjaya menyingkirkan 3 pemukul lawan secara berturut-turut.

Selepas kejayaan beliau yang menakjubkan itu, para peminat turut menghadiahkan topi kepada Stephenson atas kejayaannya itu.

Chelmsford Chronicle menggunakan istilah ini dalam cetakan buat kali pertama pada tahun 1865.

Bola sepak bukanlah satu-satunya sukan yang turut menggunakan istilah tersebut, dengan hoki, Formula 1, ragbi dan polo air juga turut menggunakan istilah sama dalam permainan mereka.

Untuk pemain bola sepak, kejayaan mencipta hatrik tentu saja menjadi idaman setiap pemain dan sesiapa yang berjaya melakukan hal tersebut akan bawa pulang bola perlawanan sebagai ganjaran.

Namun begitu, untuk mencatatkan hatrik juga bukanlah satu hal yang mudah untuk dilakukan oleh seseorang pemain, dengan mereka memerlukan kerja keras serta kemampuan yang luar biasa menakjubkan untuk melakukan hal tersebut.

Kebiasaannya pemain di posisi penyeranglah yang kerap berjaya mencatatkan hatrik kerana tugas mereka di atas padang adalah untuk menjaringkan gol.

Dan tidak keterlaluan juga untuk menganggap yang hanya pemain-pemain berbakat sahaja yang akan mampu untuk mencatatkan hatrik serta mengulangi hal itu berulang-ulang kali.

Pemain seperti Erling Haaland, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi jelas sekali antara yang paling banyak mencatatkan hatrik sepanjang karier mereka.

Terdapat beberapa negara yang menetapkan peraturan berbeza yang mana hatrik sempurna hanya akan dikira andai seorang pemain itu berjaya menjaringkan gol menggunakan kaki kiri, kaki kanan dan kepala dalam satu perlawanan.

Andai seseorang pemain itu menjaringkan tiga gol tetapi tidak menepati syarat kaki kanan, kaki kiri dan kepala, maka hatrik itu dianggap tidak sempurna.

Namun begitu, pada umumnya, tidak kira pemain itu menjaringkan gol dengan cara bagaimana sekalipun, asal saja mereka berjaya menjaringkan 3 gol dalam satu perlawanan, ia sudah cukup untuk dianggap sebagai hatrik oleh semua pihak.

Istilah hatrik kini sepertinya sudah sangat sinonim dengan dunia bola sepak dan boleh dikatakan seluruh dunia menggunakan istilah yang sama.

Oleh yang demikian, selepas ini, jika peminat menggunakan istilah tersebut, maka jelas sekali mereka sudah tahu dari mana asal usul istilah itu dan tiada lagi persoalan yang bermain difikiran mereka.

Jika sebut tentang hatrik, pemain mana yang pertama akan terlintas difikiran anda semua? Bincangkan diruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN