Dari Ibu Kota Terbang Ke Selatan, Kini Singgah Sebentar Di Kota Kinabalu

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Daniel Ting kini sah akan bermain bersama Sabah pada musim 2023 selepas pihak pengurusan secara rasmi memperkenalkan pertahanan tersebut kepada peminat di media sosial rasmi mereka.

Difahamkan Daniel akan dipinjamkan ke pasukan Borneo itu bagi mendapatkan minit permainan lebih banyak selepas skuad utama JDT ketika ini sudah dibarisi pemain terbaik yang menyukarkan beliau menembusi skuad tersebut.

Kemasukan pemain itu ke skuad Sang Badak sudah pasti akan menguatkan lagi pasukan Datuk Ong Kim Swee apatah lagi mereka akan bersaing dalam Piala AFC tahun ini.

Sudah pasti sebuah pasukan memerlukan pemain yang berkualiti untuk bersaing dengan pasukan lebih kuat dalam pertandingan tersebut.

Musim lepas, Daniel lebih banyak bermain bersama JDT II dan berjaya membantu pasukan itu muncul juara Liga Premier buat julung kalinya sepanjang menyertai liga itu.

Bekas pemain Kuala Lumpur (KL) City ini telah mencetuskan kontroversi apabila menyertai JDT apabila beliau difahamkan tidak dapat bermain bersama pasukan Ibu Kota kerana tidak mahu terima vaksin.

Pada waktu itu, setiap pemain wajib mendapat vaksin dek kerana penularan COVID-19 dan beliau enggan menerimanya dan telah pulang ke negaranya.

Tidak lama selepas itu, pemain dari England ini telah diperkenalkan sebagai pemain baharu Harimau Selatan sehingga ia mencetuskan perbalahan antara penyokong di media sosial.

Ketika bersama KL City, beliau berjaya membantu pasukan itu membenam JDT di pentas akhir Piala Malaysia dan itu adalah sumbangan terakhir beliau pada bekas pasukannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN