Dari Akademi Southampton, Kini Stuart Wilkin Bakal Bersinar Di Saingan Piala Asia 2023

Perjalanan karier bintang tengah kebangsaan iaitu Stuart Wilkin antara paling menarik sebenarnya, apabila pemain warisan tersebut memulakan kariernya di England bersama Southampton.

Lahir di Woking, England, jelas Stuart menjadi antara pemain yang bertuah untuk melayakkan diri beraksi bersama salah satu akademi pasukan ternama di sana yang telah melahirkan ramai bintang.

Adam Lallana, James Ward-Prowse, Luke Shaw, dan Harrison Reed antara pemain yang pernah dilahirkan di akademi tersebut pada suatu ketika sebelum menjadi antara bintang sensasi dunia.

Wilkin yang turut memulakan karier di sana memilih untuk mengembangkan lagi perjalanan beliau dengan memilih Malaysia sebagai destinasi seterusnya buat diri beliau.

Di Malaysia, Wilkin terlebih dahulu beraksi untuk Johor Darul Ta’zim II untuk beliau mengenali selok belok bola sepak tempatan untuk menjadi lebih matang sebelum pemain tengah itu meneruskan kariernya pula bersama Sabah.

Di Sabah, prestasi Wilkin jelas semakin meningkat terutama sekali beliau mendapat kepercayaan penuh Datuk Ong Kim Swee untuk mengemudi posisi tengah serangan kelab tersebut.

Musim lalu sahaja beliau telah pun beraksi sebanyak 35 perlawanan dan telah pun merekodkan lapan gol serta dua bantuan jaringan bersama pasukan tersebut.

Untuk skuad kebangsaan, kualiti Wilkin sekali lagi berjaya mencuri tumpuan kejurulatihan Harimau Malaya yang diketuai oleh Kim Pan-gon untuk pemain tersebut menjadi antara tonggak penting.

Kualiti pemain berusia 25 tahun itu daripada segi kelincahan, kerajinan di atas padang, serta mempunyai kelebihan membuat lorongan tepat ke pemain serangan menjadikan dirinya aset penting buat Kim dalam kem kebangsaan.

Malah, Wilkin juga memiliki ketajaman yang sangat baik di hadapan gol menerusi rembatan tepat beliau dari jarak jauh untuk menghasilkan jaringan.

Sekali lagi tersenarai bersama pasukan kebangsaan, kali ini ianya merupakan sesuatu berbeza buat Wilkin untuk menjadi antara pemain memegang tanggungjawab mengharumkan nama Malaysia di pentas Asia.

Beraksi dalam saingan Piala Asia 2023, pemain tersebut mampu untuk terus tampil bersinar di hadapan ribuan pemerhati bola sepak seluruh dunia jika beliau mampu menampilkan prestasi terbaik.

Walaupun tidak begitu cemerlang dalam karier bola sepak di pentas tertinggi England, kini nasib Wilkin jelas bertambah baik di Malaysia menerusi sumbangan besar beliau buat Harimau Malaya.

Semoga pemain ini dan rakan sepasukan lain mampu mencipta sesuatu yang positif untuk mengharumkan nama Malaysia pada saingan Piala Asia 2023.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN