Rusia 2018: Danny Rose Tak Benarkan Keluarga Ke Piala Dunia Kerana Bimbang Isu Perkauman

Satu perkara yang menjadi kebimbangan mengenai Piala Dunia 2018 di Rusia ini adalah mengenai isu perkauman yang cukup serius di sana.

Dalam masa yang sama, kumpulan hooligan Rusia juga mensasarkan untuk menyerang mana-mana penyokong England yang berada di sana.

Oleh kerana itu, pemain England iaitu Danny Rose membuat keputusan untuk tidak membenarkan keluarganya untuk ke Rusia.

“Ayah saya cukup kecewa dengan keputusan saya itu dan saya boleh rasakan dari suaranya.”

“Ayah saya berkata kemungkinan besar beliau tidak akan punya peluang lagi untuk melihat saya beraksi di Piala Dunia.”

“Memang meruntun jiwa apabila mendengar reaksi ayah saya sebegitu, tapi apa boleh kita buat? Rusia dapat hak Piala Dunia dan kita perlu teruskan hal ini.”

Menurut Rose, beliau tidak kisahkan apa yang akan terjadi pada dirinya seandainya berlaku perkara yang tidak diingini. Sebaliknya, beliau meragui akan keselamatan keluarganya sekiranya ke Rusia.

“Saya tak risaukan diri saya. Cuma saya tak mahu keluarga saya ke Rusia kerana bimbangkan hal perkauman yang mungkin akan berlaku.”

“Saya tidak mahu kerana saya risaukan mereka, fokus saya untuk perlawanan akan terganggu. Jika ia terjadi kepada diri saya, ianya tidak akan memberi kesan seteruk keluarga saya yang menerimanya.”

Rose mengakui tidak lagi percaya dengan apa-apa hukuman yang diberikan oleh FIFA terhadap mereka yang bersalah membuat sorakan berbaur perkauman.

Hal ini kerana, beliau mendakwa selepas dirinya dikenakan sorakan sedemikian pada 2012, beliau tidak mendapat sokongan yang sepatutnya.

“Saya tidak percaya kepada sistem keadilan dan saya tak akan biarkan perkara itu menganggu saya.”

“Saya tidak dapat sebarang sokongan selepas insiden yang saya alami pada 2012 dan saya tidak melakukan sebarang perhubungan dengan sesiapa di luar England selepas itu.”

“Kerana peristiwa itu saya digantung dan kemudiannya terlepas perlawanan pertama di kejohanan seterusnya. Itulah ceritanya, apa boleh buat?”

Pada 2012, Rose disorak dengan sorakan berbuar perkauman semasa tugasan antarabangsa bersama skuad England B-21 menentang Serbia.

Beliau disorak dengan sorakan monyet dan dibaling batu oleh penyokong lawan. Rose kemudiannya dilayangkan kad merah selepas melakukan serangan di akhir perlawanan.

Serbia kemudiannya hanya didenda sejumlah wang oleh FIFA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN