Teka-teki mengenai siapakah bakal pengganti Sergio Aguero di Manchester City masih lagi belum terjawab.
Sebelum ini, nama seperti Erling Haaland sering dikaitkan dengan perpindahan ke Etihad.
Namun kini muncul nama baharu pula.
Penyerang Southampton, Danny Ings disebut-sebut bakal menggantikan Aguero sekiranya City memilih untuk tidak mendapatkan Haaland.
Menurut laporan Sky Sports, Ings mula diperhatikan oleh City jika pasukan itu terpaksa menarik diri daripada perebutan mendapatkan Haaland.
Hal ini kerana, jika ingin melepaskan penyerang muda itu pastinya Borussia Dortmund akan meletakkan harga yang tinggi untuk pemain itu.
Jadi, City mula mencari pilihan yang lebih murah iaitu Ings yang bakal memasuki tahun akhir kontraknya pada penghujung musim ini.
Dengan situasi itu membolehkan City untuk mendapatkan pemain itu dengan harga yang lebih murah melainkan Ings memilih untuk terus kekal di St Mary’s.
Sungguhpun Ings mula diperhatikan City, namun Pep Guardiola masih mahukan Haaland untuk menggantikan penyerang Argentina itu.
“Semestinya beliau adalah salah seorang penyerang terbaik dunia ketika ini, pada tahap umurnya.”
“Saya melihat beberapa perlawanan, tapi sejujurnya saya tidak punya banyak masa tetapi saya tonton sorotan perlawanan UEFA Champions League dan Bundesliga dan ianya cukup hebat. Saya tahu kualiti yang ada padanya, semua orang pun tahu.”
Guardiola secara terang-terangan mengelak menjawab soalan mengenai Haaland dengan lebih lagi kerana faktor pemain itu bukannya dalam skuad City.
Tetapi, tidak dinafikan beliau pastinya mengidamkan pemain itu menyarung jersi Cityzens kelak.
Baca juga artikel kami mengenai Premier League:
Mourinho Berdepan Pemecatan Jika Gagal Lakukan Satu Perkara Ini Untuk Tottenham