Pemain terbaru Chelsea, Danny Drinkwater telah mendedahkan bahawa beliau gembira apabila dapat kembali bersatu bersama bekas rakan sepasukannya di Leicester City, N’Golo Kante di Stamford Bridge.
Kombinasi mereka berdua di King Power Stadium berjaya membentuk satu gandingan mantap di bahagian tengah bagi membolehkan Leicester City mencipta kejutan terbesar pada saingan Liga Perdana Inggeris apabila dinobatkan sebagai juara musim 2015-16.
Selepas gandingan ini berpisah pada musim lalu akibat dari penghijrahan Kante ke Chelsea, Drinkwater pula mengikut jejak rakannya dari Perancis itu untuk ke kelab London barat tersebut dengan yuran perpindahan £ 35 juta pada hari terakhir jendela perpindahan yang lalu.
Danny Drinkwater memberitahu laman web rasmi kelab (melalui Premier League): “Saya bermain dengan N’Golo untuk satu musim dan tidak ada satu perlawanan pun yang saya tidak suka bermain bersama dengannya.
“Saya menanti dengan penuh harapan untuk memulakannya semula selepas kami berhenti dahulu.”
Namun, Drinkwater perlu bersaing bagi merebut peluang untuk berada di kesebelasan utama Chelsea. Kante yang semestinya menjadi pilihan utama, meninggalkan persaingan diantara Drinkwater, Tiemoue Bakayoko dan Cesc Fabregas bagi mengisi posisi tengah.
Drinkwater yang masih dibelenggu kecederaan peha berharap agar dapat memberikan impak besar dalam musim pertamanya di kelab itu dan secara kebetulan beliau dijangka akan membuat ‘debut’ untuk Chelsea ketika berkunjung ke King Power Stadium bagi berdepan Leicester pada hujung minggu depan.
Musim lalu, Drinkwater berjaya melakukan 78% hantaran tepat dari 1962 hantaran yang dilakukannya bersama Leicester City.
Selepas kalah perlawanan pertama liga musim ini ketika bertemu Burnley, Chelsea kembali bangkit mengutip mata maksimum daripada 2 perlawanan menentang Everton dan Tottenham Hotspur.
Sumber :
Squawka (2017) –http://www.squawka.com/news/danny-drinkwater-says-hes-relishing-ngolo-kante-reunion-at-chelsea/987320#Qlh2L9qSP3VrXA7l.97