Daniele Rugani Positif COVID-19 Tiga Hari Lepas Muat Naik Gambar Ini

Juventus mengumumkan pertahanan tengah mereka Daniele Rugani sah positif penyakit coronavirus, COVID-19 semalam.

Kelab Serie A tersebut berkata mereka telah pun mengaktifkan prosedur pengasingan yang telah ditetapkan oleh kerajaan, termasuk pemain-pemain dan staf-staf pasukan yang pernah bersentuhan dengan Rugani.

Juventus turut memberitahu ketika ini pertahanan berusia 25 tahun tersebut belum menunjukkan sebarang simptom lagi.

TURIN, ITALY – APRIL 16: Juventus player Daniele Rugani during the UEFA Champions League Quarter Final second leg match between Juventus and Ajax at Allianz Stadium on April 16, 2019 in Turin, Italy. (Photo by Daniele Badolato – Juventus FC/Juventus FC via Getty Images)

Dengan pengesahan berita ini, Rugani menjadi pemain berprofil tinggi pertama di Itali dan di Eropah yang sah positif COVID-19.

Media Itali melaporkan semua pemain dan staf Juventus diwajibkan menjalani ujian pengesanan selama 5 hari dan kuarantin selama 2 minggu.

Itali yang ketika ini sedang bertarung menangani penularan wabak COVID-19 paling teruk di Eropah, sedang menguatkuasakan larangan keluar rumah dan keluar masuk negara.

Baru-baru ini kerajaan mereka mengumumkan semua aktiviti sukan di Itali – termasuk Serie A – akan ditangguhkan sehingga 3 April.

Rugani baru membuat tujuh penampilan untuk Juventus pada musim ini . Beliau hanya duduk di bangku simpanan ketika Juventus menang 2-0 ke atas Inter Milan dalam perlawanan yang dilangsungkan di stadium kosong pada Ahad lepas.

Berikutan keputusan Rugani yang positif COVID-19, Inter Milan turut mengumumkan sedang memulakan prosedur pengasingan sama seperti Juventus dan telah menunda semua aktiviti kompetitif buat sementara waktu.

Inter baru sahaja mengumumkan perlawanan UEFA Europa League menentang Getafe yang dijadualkan berlangsung awal pagi esok akan ditangguhkan.

Rugani telah menjulang empat kejuaraan Serie A bersama Juventus dan mewakili skuad kebangsaan Itali sebanyak tujuh kali. Bagaimanapun kali terakhir beliau bermain untuk Itali adalah pada tahun 2018.

Pada Ahad lepas, beliau menimbulkan kerisauan wabak COVID-19 akan menular di kem Juventus apabila dilihat meraikan kemenangan pasukannya ke atas Inter Milan di bilik persalinan. Post di akaun Twitter rasmi beliau di bawah adalah buktinya.

Ketika ini Itali sedang bertungkus-lumus membendung penyebaran lebih 12,000 kes COVID-19 sedia ada yang telah meragut 827 nyawa.

Persatuan Bola Sepak Itali (FIGC) mengumumkan ada kemungkinan baki musim Serie A 2019/2020 akan tidak disambung kerana wabak penyakit ini.

Antara alternatif yang dicadangkan oleh FIGC adalah menyambung baki musim 2019/2020 apabila wabak ini berakhir walau selewat mana pun atau terus mengumumkan juara liga berdasarkan kedudukan terkini.

Baca juga artikel kami mengenai impak COVID-19 kepada dunia bola sepak:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN