Daniele De Rossi Mahu Rakan Sepasukan Terus Cipta Kejutan Dalam Kempen Eropah

De Rossi

Kapten AS Roma, Daniele De Rossi mengharapkan dan percaya rakan sepasukannya mampu untuk terus melakukan kejutan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah selepas membenam cabaran Barcelona.

De Rossi yang turut menyumbangkan satu jaringan pada perlawanan di Stadio Olimpico menegaskan perjuangan AS Roma masih belum berakhir.

AS Roma mencipta kebangkitan dramatik selepas bangkit daripada tewas 4-1 pada perlawanan pertama di Nou Camp untuk menang 3-0 dihadapan puluhan ribu penyokong setia kelab Rome itu.

De Rossi turut menjelaskan bahawa kejayaan bermakna ini adalah antara detik hebat dalam karier bola sepaknya dan mengharapkan Roma dapat mengekalkan rentak cemerlang bagi terus mencipta kejutan di peringkat separuh akhir nanti.

”Untuk sebuah pasukan seperti AS Roma, pencapaian ini adalah sangat luar biasa,” ujar De Rossi kepada Mediaset Premium.

”Kini kami perlu untuk mengambil langkah lain. Tidak memikirkan kami berada di separuh akhir dan sudah mengecapi pencapaian yang maksimum.”

De Rossi
ROME, ITALY – APRIL 10: Daniele De Rossi of AS Roma celebrates after scoring his sides second goal UEFA Champions League Quarter Final Second Leg match between AS Roma and FC Barcelona at Stadio Olimpico on April 10, 2018 in Rome, Italy. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

”Tetapi ini sudah pastinya menjadi salah satu daripada hari yang menggembirakan buat karier saya bersama Roma. Saya melihat para penyokong sebelum perlawanan dan memberitahu kepada rakan sepasukan, jika mereka percaya, kami juga boleh melakukan perkara yang sama.”

De Rossi melakukan kesilapan pada aksi di Nou Camp selepas beliau menghasilkan jaringan sendiri. Namun, perkara tersebut tidak melemahkan semangat pemain berusia 34 tahun itu untuk kembali bangkit.

”Kami tahu bahawa ianya agak sukar tetapi kami masih mempunyai sedikit rasa kepercayaan,” kata De Rossi.

”Aksi pada perlawanan pertama menunjukkan kepada kami bahawa Barcelona mempunyai banyak kualiti tetapi tidak seperti beberapa tahun yang lepas.”

”Ianya agak jauh untuk memenangi perlawanan dengan keputusan 3-0 dan tidak dibolosi di laman sendiri tetapi kredit harus diberikan buat pengurus (Eusebio Di Francesco).”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN