Daniel Teruskan Legasi Keluarga Maldini Di AC Milan

Daniel Maldini membuat penampilan pertamanya dalam perlawanan kompetitif bersama skuad utama AC Milan pada Ahad bagi meneruskan legasi keluarganya bersama kelab Itali itu, mengikut jejak ayahnya Paolo dan juga datuknya Cesare.

Pemain berusia 18 tahun yang beraksi di posisi tengah menyerang tersebut tampil sebagai pemain gantian pada masa kecederaan ketika pasukannya seri 1-1 ketika berdepan Hellas Verona di San Siro.

Dalam perlawanan tersebut, Milan ketinggalan seawal minit ke-13 hasil jaringan Davide Faraoni. Namun Hakan Calhanoglu berjaya menyelamatkan maruah pasukan tuan rumah dengan gol penyamaan pada minit ke-29.

“Ianya adalah mimpi yang menjadi kenyataan, tetapi saya agak kecewa dengan keputusan perlawanan. Kami harap perlawanan selepas ini tiga mata akan dibawa pulang,” ujar pemain yang menyarung jersi nombor 98 itu kepada media tempatan.

“Penampilan pertama ini adalah sasaran yang telah saya tetapkan, kini saya berharap akan dapat terus beraksi dalam perlawanan-perlawanan seterusnya.”

Paolo Maldini ketika ini merupakan Pengarah Teknikal AC Milan. Beliau telah beraksi 647 perlawanan dalam Serie A untuk Rossoneri dan menjulang tujuh kejuaraan liga serta lima trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sebelum menggantung but pada 2009.

Cesare Maldini pula merupakan bekas kapten Milan yang telah meninggal dunia pada 2016. Beliau telah mencatatkan rekod menjulang empat kejuaraan Serie A serta Piala Eropah sepanjang 12 musim sebagai pemain. Cesare turut pernah menjadi pengurus pasukan.

Abang kepada Daniel, Christian Maldini yang kini berusia 23 tahun pernah mewakli Milan di peringkat remaja, namun hasratnya untuk menembusi skuad utama tidak kesampaian dan kini cuma bermain untuk kelab divisyen keempat Itali, SSD Pro Sesto.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN