Adam Lallana Sifatkan Daniel Sturridge Seperti ”Pembelian 2 Orang Pemain Baru” Buat Liverpool

Daniel Sturridge
Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Peminat Liverpool tidak perlu merisaukan tentang ‘kedinginan’ perpindahan pemain yang menyelebungi pasukan mereka. Pemain tengah, Adam Lallana menyifatkan kualiti yang dimiliki Daniel Sturridge adalah seperti ‘’ pembelian 2 orang pemain baru’’

Walaupun tidak menjaringkan gol pada musim panas ini, beliau kelihatan sangat tajam dan berbahaya ketika memasuki padang, berikutan masalah kecederaan yang tidak berkesudahan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pemain berusia 27 tahun itu telah dipuji oleh pengurus Jurgen Klopp yang memuji perkembangan penyerang itu pada awal bulan ini, dan kini Lallana telah mengikutinya.

“Dengar, Studge (Sturridge)  telah beraksi cemerlang sepanjang pra- musim ini,” kata Lallana kepada Telegraph.

“Dia adalah seorang pemain bertaraf dunia. Dia juga telah kembali di musim panas yang kelihatan sangat cemerlang, begitu cergas. Sturridge akan menjadi pemain penting buat kami musim ini. Saya dapat merasakan perkara ini.”

”Dia kelihatan sangat tajam dan seolah-olah kami mempunyai dua orang pemain baru jika kami (Liverpool) boleh memastikan beliau di padang dan berusaha untuk menjaringkan gol.”

Liverpool masih mengharapkan agar mendapatkan pemain baru bagi musim panas ini selepas ketibaan Mohamed Salah, Andrew Robertson dan Dominic Solanke, tetapi Lallana tidak mahu terburu-buru dengan prospek penambahan lain di Anfield.

“Saya mahu pemain terbaik yang dikaitkan dengan Liverpool dan datang ke Liverpool,” kata Lallana.

“Jika anda membincangkannya dari sudut pandangan peribadi, tekanan untuk menjadi lebih baik dan persaingan merebut tempat adalah sihat. Itulah yang kami perlukan.

Sumber – Goal.com (2017) – http://www.goal.com/en-ng/news/4071/premier-league/2017/07/31/37450032/world-class-sturridge-like-two-new-signings-says-lallana

Kredit foto – Reuters

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN