Seperti dijangka pengambilalihan Newcastle United oleh konsortium yang dimiliki oleh Arab Saudi telah menerima tentangan dari kelab-kelab Premier League yang lain, kurang 24 jam selepas pengambilalihan tersebut dilengkapkan.
Pengerusi Tottenham, Daniel Levy dipercayai menjadi watak terawal cuba menyekat konsortium itu menyalurkan dana melalui jumlah tajaan yang besar. Usaha beliau bagaimanapun dikatakan sia-sia.
Daily Mail turut mendedahkan kelab-kelab utaa Premier League yang lain turut melakukan bantahan serupa. Newcastle United melengkapkan pengambilialihan kelab tersebut oleh Public Investment Fund (PIF) dengan nilai £305 juta.
Konsortium tersebut dilaporkan bernilai £700billion. Liverpool, Manchester United, dan Arsenal turut sama-sama melakukan bantahan dengan Spurs dilantik sebagai ketua dan jurucakap kumpulan tersebut untuk meyakinkan Premier League menghalang konsortium milik Arab Saudi itu meneruskan usaha pemilikian.
Newcastle's Saudi takeover met with FURIOUS response by Premier League rivals with Daniel Levy and Tottenham leading efforts to STOP lucrative sponsorship deals | @CraigHope_DM https://t.co/i0KUd3Hy2B
— Mail Sport (@MailSport) October 8, 2021
Laporan pada malam tadi turut berkata 19 kelab semuanya turut mendesak satu perjumpaan diadakan untuk mempersoalkan langkah Premier League membenarkan pengambilalihan Newcastle United.
Rejim baharu pengurusan di Newcastle United secara rasmi menduduki St. Jame’s Park semalam, dan tidak membuang banyak masa memulakan kerja untuk mengubah kelab tersebut dengan sasaran ke pertandingan elit eropah mulai menjadi sasaran.
Antara langkah awal diambil oleh reji baharu itu ialah perlantikan bekas ketua pencari bakat Liverpool, Frank McParland sebagai penasihat bola sepak.
Looks like a few reports are building around Newcastle being interested in Steven Gerrard to replace Steve Bruce…
Imagine if he takes the job and is the one to knock Liverpool out of the Top 4! 😳 pic.twitter.com/HfYhtGdTEz
— Footy Accumulators (@FootyAccums) October 8, 2021
McParland mempunyai hubungan rapat dengan Steven Gerrard dan Brendan Rodgers, dua nama yang turut dikaitkan sebagai pengganti Steve Bruce sebagai pengurus.
Khabar angin turut bertiup kencang mengatakan pembantu pengurus, Grame Sounes akan mengendalikan pasukan utama dalam perlawanan menentang Spurs pada minggu hadapan, sehingga pengurus baharu dilantik.
Pengurus Rangers adalah pilihan popular di kalangan penyokong. Tetapi pemilik kelab dipercayai memilih untuk mendapatkan pengurus yang mempunyai pengalaman di Premier League.
Buat masa ini, rejim pengurusan baharu di Newcastle United belum berkesempatan menemui barisan pemain sedia ada, termasuk Steve Bruce setelah skuad utama diberikan cuti sehari.
Alan Shearer dan Jesmond Dene House juga telah menemui pihak konsortium dan dipercayai diberikan peranan sebagai duta kepada kelab.