Pemain sayap Manchester United, Daniel James membuat pendedahan mengenai hasratnya untuk berhenti bermain bola sepak semasa zaman remajanya kerana tidak menikmati sukan tersebut.
Ironinya, nasib James kini nyata berbeza selepas menjadi antara pemain United yang kerap diturunkan dalam kesebelasan utama dan telah mengumpul 6 kaps bersama skuad kebangsaan Wales.
Kecemerlangan James di Old Trafford membolehkan beliau dipilih sebagai pemain terbaik Manchester United bulan Ogos.
Straight from the heart ♥️
Our special guest presenter for @Daniel_James_97's Player of the Month award didn't disappoint…@Evra 🔴 #MUFC pic.twitter.com/xWLCfLx0RV
— Manchester United (@ManUtd) September 12, 2019
Semasa beliau menjadi pelatih di akademi Hull City, James nyaris berhenti dari bermain bola sepak kerana mahu meluangkan masa yang lebih banyak bersama rakan-rakan sebayanya.
“Pada mulanya ketika umur saya sekitar 12 tahun, sebenarnya saya hampir putus asa dengan bola sepak. Saya langsung tidak menyukai apa yang saya lakukan.
“Saya beritahu ibu dan ayah yang saya lebih suka lakukan perkara lain. Saya merindui saat-saat gembira bersama kawan-kawan.
“Saya berlatih siang dan malam dan terlepas peluang untuk bersama mereka. Setiap kali pulang dari sekolah dan mahu keluar bermain dengan mereka, saya terpaksa pergi ke latihan bola sepak.
“Saya pernah adakan pertemuan serius dengan jurulatih di Hull dan mereka bertegas mahu saya kekal bersama pasukan kerana percaya saya mempunyai kemampuan dan masa depan yang cerah dalam sukan ini.
Sebenarnya saya seronok bermain bola sepak,namun perasaan rindu kepada rakan sepermainan itu amat sukar dibendung. Tetapi itulah hakikat sebuah pengorbanan yang perlu dihadapi oleh seorang pemain bola sepak untuk berjaya.”
Selepas menghabiskan tujuh tahun zaman remajanya bersama Hull, James menyertai Swansea City sebelum melengkapkan perpindahan bernilai £18 juta ke Manchester semasa tempoh perpindahan musim panas yang lepas.
Sejak permulaan musim ini, pemain berusia 21 tahun itu sudahpun menjaringkan tiga gol dalam lima perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan turut menyumbang dua gol dalam penampilan antarbangsa bersama Wales.
“Syukur atas keyakinan jurulatih [Hull], saya kekal bermain untuk mereka. Walaupun ada ketikanya wujud rasa meluat untuk terus bermain bola sepak, tetapi akhirnya saya dapat lihat peningkatan pada diri saya.
“Segalanya berubah apabila saya mula dipanggil untuk mewakili Wales pada usia 14 tahun. Perlawanan pertama saya berhadapan dengan Belgium dan kemudiannya Switzerland.
FULL-TIME | 🏴 1-0 🇧🇾 | #WALBLR
It's all over and it's back-to-back wins for Cymru.
Dan James' goal is the difference here at Cardiff City Stadium tonight. #TogetherStronger pic.twitter.com/l1ORAM3OJ3
— Wales 🏴 (@Cymru) September 9, 2019
“Semasa beraksi bersama kelab [Hull] saya ditugaskan sebagai penyerang tetapi bersama skuad kebangsaan saya diberi peranan sebagai pemain sayap yang dilihat lebih sesuai dengan kemahiran dan fizikal saya.”
“Saya rasa mungkin sebab itu saya dilihat lebih cocok dengan posisi tersebut yang dilihat lebih bersesuaian dengan kemahiran dan fizikal saya berbanding bermain di bahagian lain.”
James akan membuat penampilan pertama beliau di pentas Eropah pada awal pagi Jumaat ini apabila United akan bertemu Astana dalam kejuaraan Liga Europa.
Tiga hari kemudian, The Red Devils akan bertandang pula ke London Stadium untuk berhadapan West Ham United.