Danial Amier Digugurkan, Rodney Celvin Kembali Ke Skuad Sukan Asia

Skuad B-23 Malaysia akan berangkat ke Jakarta, Indonesia lewat petang ini dan akan membuka tirai Kejohanan Sukan Asia 2018 menentang Kyrgyzstan pada Rabu ini.

Kelmarin, ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee telah mengumumkan senarai 20 pemain yang bakal membawa cabaran skuad muda negara dalam aksi Kumpulan E itu.

Daripada 22 pelatih, tiga pemain telah digugurkan iaitu penyerang N. Thanabalan, pertahanan, Rodney Celvin Akwensivie dan penjaga gol Khatul Anuar Md Jalil.

Thanabalan telah disahkan selepas ujian MRI pada 9 Ogos lalu, yang kecederaan lututnya akan mengambil masa yang lama untuk kembali pulih.

Kim Swee juga menyenaraikan semula penyerang tinggi lampai dari skuad B-19 negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak yang baru pulang dari sesi percubaan di Jepun.

FOTO: FAM

Namun, Kim Swee membuat perubahan saat akhir sebelum berangkat petang ini apabila terpaksa menggugurkan pemain tengah, Danial Amier Norhisham.

Danial Amier sejak dari awal lagi dirundung kecederaan pangkal peha dan tidak membuat sebarang penampilan akhir-akhir ini bersama skuad B-23.

Untuk itu, pemain pertahanan PKNS FC, Rodney Celvin Akwensivie telah disenaraikan semula untuk bersama-sama skuad Kim Swee ke Indonesia.

“Selepas berbincang dengan pihak doktor dan melihat keadaan Danial Amier pada latihan pagi tadi, kami mendapati yang kecederaan pangkal paha (groin) yang dialaminya mungkin akan mengambil masa yang lebih panjang untuk pulih sepenuhnya,” ujar Kim Swee di laman web rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Saya memerlukan pemain yang lebih cergas untuk diturunkan walaupun diakui posisi tengah agak kekurangan pemain,” jelasnya sambil mengakui masa agak suntuk.

FOTO: FAM

“Tapi saya harus juga memikirkan secara keseluruhan pasukan yang mana kesemua 20 pemain yang dibawa ini harus berada dalam keadaan yang cukup baik dan cergas untuk diturunkan bila-bila masa.

“Jadi dengan kekosongan yang ditinggalkan Danial Amier itu, saya mengambil keputusan untuk menyenaraikan semula Rodney bagi melengkapkan senarai akhir 20 pemain,” ujar Kim Swee lagi.

Berikut adakah senarai akhir terkini 20 pemain skuad Malaysia B-23 bagi Sukan Asia 2018 di Jakarta & Palembang, Indonesia:

Penjaga Gol: Haziq Nadzli (JDT), Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah)

Pertahanan: Dominic Tan, Adam Nor Azlin (JDT), Adib Zainudin (JDT II), Rizal Ghazali (Kedah), Irfan Zakaria, Syazwan Andik (Kuala Lumpur), Rodney Celvin Akwensivie (PKNS FC), Syazwan Zaipol Bahari (Perak)

Tengah: Baddrol Bakhtiar (Kedah), Faisal Halim (Pahang), Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan), Syahmi Safari (Selangor)

Penyerang: Safawi Rasid, Syafiq Ahmad (JDT), Hadi Fayyadh Abdul Razak (JDT II), Akhyar Rashid (Kedah), R. Kogileswaran (Pahang), Tommy Mawat Bada (PJ Rangers FC)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN