Dani Alves Kritik Pengurusan Yang Buatkan Bilik Persalinan Juventus Tempat Membosankan

Dani Alves sebelum ini lantang mengkritik pengurusan Barcelona, terkini pemain antarabangsa Brazil ini mengkritik pengurusan baru Juventus. Alves berkata:

“Juventus tidak memahami kehendak saya di dalam dan di luar padang walaupun mereka memperbaikinya sedikit demi sedikit. Pada mulanya, saya sangat bermasalah kerana mereka tidak memahami saya.”

“Ia mengambil masa untuk membina perhubungan di antara saya dengan perngurusan. Apabila kami menemui persefahaman itu, barulah Juventus mendapat keputusan yang lebih baik di atas padang.”

“Itu yang saya berikan kepada pasukan, saya memberikan fluiditi yang baik di bilik persalinan.”

Alves menegaskan yang bilik persalinan Juventus terlalu membosankan dan terlalu tertekan memikirkan bola sepak.”

“Kecewa! Saya beri satu contoh, di dalam bilik persalinan, kami dilarang mendengar muzik. Saya tidak boleh hidup tanpa mendengar muzik dan menari.”

“Saya bukanlah seorang yang hilang akal dan cuba menukar peraturan kelab. Setiap orang ada cara mereka tersendiri untuk menaikkan tenaga mereka dan menyebarkannya kepada pemain lain.”

“Saya sukakan suasana yang ceria, seperti suasana di kolej. Kita harus mencari jalan untuk mewujudkannya dan saya fikirkan kepentingan suasana ceria itu kepada semangat kolektif.”

“Saya dapat rasakan suasana itu diperbaiki. Secara perlahan-lahan kami memperbaiki aksi di atas padang pada separuh kedua musim lalu.”

“Hidup ini bererti kegilaan, lakukanlah perkara anda suka supaya anda kekal dengan prinsip hidup anda. Orang macam saya, sukakan bunyi-bunyian.”

“Saya seorang yang spontan, tetapi saya tidak pernah berniat untuk cuba melukakan perasaan orang lain.”

Di kala ramai mengkritik kenyataan Alves ini, ramai juga yang bersetuju dengan cara pengurusan baru kelab Juventus yang seperti robot.

Daripada menukar logo kepada penjenamaan stadium, pihak pengurusan tidak peka dengan pandangan penyokong. Mereka mendakwa, sikap tidak mesra pengurusan ini membuatkan setiap jendela perpindahan pemain mereka senan-senang angkat kaki.

Sebelum ini pemain seperti Vidal, Pogba dan Moratta pergi meninggalkan kelab. Kini kelab tersebut dilaporkan bakal kehilangan Bonucci ke AC Milan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN