Dana Diguna Buat Bayar Gaji, TMJ Mahu Kelab & Persatuan Ada Sikap Perikemanusiaan

Perlawanan Liga Malaysia 2019 baharu berusia satu perlawanan. Namun masalah membabitkan gaji pemain tidak dibayar bagaikan wabak lama yang tidak mempunyai penghujung di negara ini.

Malah sebelum sepak mula Liga Malaysia, beberapa pasukan sudah pun mempunyai masalah tersebut. Berita mengenai skuad Perlis Northern Lions II yang kerap mewarnai segmen di media elektronik dan cetak, kini mulai melanda skuad utama.

Kuala Lumpur juga turut mempunyai masalah yang sama sebelum ini -sehingga mengundang pemain meninggalkan pasukan. Kes pasukan seperti Terengganu City FC pula seakan-akan tidak mempunyai penyelesaian sehingga ke hari ini.

TMJ mahu MFL &FAM bertegas

DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam beberapa siri kenyataan di twitter beliau pada malam tadi berkata, Malaysian Football League (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengambil langkah tegas bagi memastikan pemain dan pegawai pasukan tidak menjadi mangsa keberhutangan pasukan.

“Semua itu sudah di bawa ke mesyuarat. Bukan Perlis sahaja. Semua pasukan yang berhutang. Dana tv rights will be use to settle your debts. That is MFL dan FAMs new stand. Thank you,” titah baginda mengenai perkembangan kes membabitkan beberapa pasukan yang mempunyai masalah pembayaran gaji.

Sebelum ini ketika perjumpaan bersama wakil-wakil pasukan,  baginda turut mendedahkan mengenai cadangan wakil dari Selangor agar MFL bersikap kurang tegas, dengan membenarkan tunggakan sehingga lapan bulan.

Bagaimanapun, baginda bertitah perkara itu tidak boleh dilakukan kerana apabila diberi ruang, pasukan-pasukan bertanding cenderung untuk tidak ikut peraturan. Oleh kerana itu, semua pasukan kini dikehendaki menyelesaikan semua jenis bentuk hutang.


Baginda juga menyeru agar semua pihak untuk mempunyai sikap perikemanusiaan dan juga tanggungjawab di dalam hal pembayaran gaji, kerana ia membabitkan periuk nasi pemain dan kakitangan pasukan.

Mengenai penglibatan Perlis di Liga Premier, TMJ menjelaskan keputusan tersebut dipersetujui oleh ahli-ahli di dalam MFL melalui prosedur yang telah ditetapkan. Keputusan membenarkan Perlis beraksi di Liga Premier dianggap betul pada ketika keputusan itu dilakukan.

Rumusan

Sudah sampai masanya MFL dan FAM bertindak tegas terhadap pengurusan pasukan Liga Malaysia yang culas untuk membayar gaji pemain dan pegawai pasukan.

Bukan sahaja masa depan pemain dan jurulatih yang menjadi ancaman di sini, malah industri bola sepak negara secara keseluruhan turut berada di dalam keadaan bahaya jika isu pembayaran gaji di Liga Malaysia tidak ditangani sebaik mungkin.

FAM sebelum ini mendedahkan Liga Malaysia mempunyai jumlah kes tertinggi gaji tertunggak dilaporkan di Asia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN