Perak FC masih bergelut untuk membayar gaji barisa pemain walaupun telah berjanji untuk berbuat demikian selewat-lewatnya pada 7 Mac, iaitu semalam.
Pasukan Liga Premier itu sebelum ini dilaporkan mempunyai beban hutang sebanyak RM1,773,532.50 meliputi gaji pemain skuad utama, pemain Piala Presiden dan juga daripada pasukan Piala Belia.
Daripada jumlah itu sebahagian besar adalah gaji pemain import iaitu Jeon Hyo Seok sebanyak RM419, 080; Leandro Dos Santos RM614,301.44 tidak termasuk 5% faedah tambahan; Raianderson de Costa Morais RM526,953.92 dan 5% faedah.
Bagaimana pun pada 3 Mac lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC memberi jaminan hutang tersebut akan dilangsaikan sebelum 7 Mac.
Tepat 12 malam tadi, Perak FC difahamkan gagal melunaskan tunggakan gaji seperti yang dijanjikan iaitu membabitkan tunggakan dua bulan pemain baru dan empat bulan pemain lama! pic.twitter.com/1WONpPsa6P
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) March 7, 2022
Malah melalui satu kenyataan sebelum ini Yunus juga berkata pihak kelab akan menyelesaikan semua tunggakan kepada pemain sedia ada, atau sekurang-kurangnya bayaran bulan pertama terlebih dahulu.
Namun berdasarkan perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, sehingga tengah malam tadi kelab itu masih gagal berbuat demikian.
Perak FC sebelum ini dilaporkan memiliki tunggakan gaji dua sehingga empat kepada pemain baharu dan lama mereka.
Implikasi kegagalan membayar hutang tersebut sudah pun dirasai oleh Perak FC apabila tidak dibenarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk mendaftar pemain baharu untuk saingan musim ini.
Kegagalan Perak FC melangsaikan hutang tersebut membuatkan beberapa pemain Perak FC meluahkan kekecewaan di media sosial.
Semalam Pesuruhjaya Sukan mengumumkan pergantungan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), yang masih merupakan pemilik sah Perak FC walaupun telah diswastakan selama enam bulan kerana melanggar perlembagaan kelab berkaitan pemecatan 12 ahli gabungan.
Namun menurut MFL, pergantungan tersebut tidak akan memberi kesan kepada Perak FC yang akan meneruskan saingan di saingan Liga Malaysia pada musim ini