Damian Yeo Tuntut Permohonan Maaf Dari Shukor Adan Jika Mahu Gaji

Bermula dari ciapan seakan amaran agar jangan bermain api, Damian Yeo melakukan penjelasan mengenai ciapan tersebut melalui satu laporan yang disiarkan oleh Melaka Kini petang semalam.

“Kalau dia [Shukor] mahukan duit, dia kena minta maaf,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) itu mengenai ciapan tersebut.

Ia adalah tindak balas Damian kepada tindakan Shukor yang memfailkan afidavit terhadap persatuan itu untuk menuntut tunggakan gaji dan bonus dari musim lepas.

Kenyataan dari Damian ini dikritik oleh ramai, terutama netizen dan penyokong bola sepak di dalam negara. Ramai berpendapat Damian dan MUSA seharusnya akur sahaja dengan kandungan kontrak diantara persatuan dan Shukor.

Tidak ketinggalan memberikan reaksi adalah pemilik kelab bola sepak JDT, DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja Johor melalui paparan cerita di laman Instagram peribadi baginda.

Namun demikian, Damian mempunyai penjelasan beliau tersendiri mengenai isu tersebut. Malah beliau berpendapat Shukor seharusnya berjumpa dengannya atau Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi atau Setiausaha Agung MUSA, Farhan Ibrahim terlebih dahulu sebelum berbuat demikian.

“Memang dia ada hak, saya tidak nafikan, tetapi ia akan melambatkan pembayaran gaji kepadanya,” jelas Damian.

“Kita mungkin akan bayar habis tunggakan musim 2019 pada 15 Januari depan atau sekurangnya-kurangnya sebelum Februari 2019.

“Tetapi, bila dia telah failkan afidavit, saya kena jawab dalam tempoh 14 hari dan dia pula kena melakukan perkara sama kemudian yang saya jangkakan akan berpanjangan hingga saingan Liga Perdana 2020 tamat.

“Cara mudah adalah dia tarik semula kes dan mohon maaf kepada persatuan, sebab itu saya cakap jika dia mahu bermain dengan api, saya akan berikan dia api,” katanya kepada Melaka Kini.

Damian turut membidas tindakan Shukor yang dianggap oleh beliau sebagai tidak adil kepada bola sepak Melaka

“Kena faham, bukan kita tak mahu bayar, tetapi ia mengambil masa.

“Pelbagai kata diberikan kepada saya termasuk hanya ‘bising’ di media sosial, ‘so what’, kamu hanya Shukor Adan yang dah berumur 40 tahun, anak Melaka tetapi bila umur hampir mencecah 40 tahun baru datang ke Melaka, ia tidak adil,” katanya.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN